Amal Day for Charity (AD4C) langkah meluaskan kebajikan

- Advertisement -

ALHAMDULILLAH program AD4C telah selamat dirasmikan kelmarin oleh YB Ketua Pemuda PAS Malaysia Ustaz Ahmad Fadhli Shaari di Pasir Mas Kelantan kelmarin dan secara rasmi menjadi program wajib buat semua kawasan yang akan dipantau oleh Pemuda Negeri.

Menghayati slogan ‘Islam Menyatukan Ummah’ yang digagaskan oleh Tan Seri Dato’ Seri Tuan Guru Presiden PAS dan Tema Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia ‘Memacu Perpaduan’, maka dalam meletakkan PAS sebagai sebuah parti yang memimpin perpaduan ummah dan membina sebuah negara berkebajikan di bawah pentadbiran yang berlandaskan Islam, maka program AD4C ini perlu diangkat sebagai program wajib yang perlu dilaksanakan di semua peringkat secara berkala oleh Dewan Pemuda PAS Negeri dan Kawasan-kawasan.

AD4C merupakan sebuah program kebajikan yang perlu dilaksanakan oleh gabungan Lajnah dan Jabatan di bawah Sektor Tanggungjawab Sosial dan Khidmat Masyarakat di semua peringkat termasuk DPPM yang terdiri daripada Lajnah dan Jabatan seperti berikut;

1) Jabatan Amal Malaysia (JAM).
2) Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan (DACS).
3) Lajnah Kebajikan (LK).
4) Lajnah Dakwah (LD).
5) Lajnah NGO & Kepenggunaan (LNK).
6) Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar (LATAS).

Program ini hendaklah diterajui oleh Jabatan Amal Malaysia di peringkat sama ada kawasan, negeri atau pusat dan ia bertujuan bagi persiapan menghadapi PRU15 di samping mengajak masyarakat terutama anak muda untuk bersama menghayati dan melaksanakan kegiatan dan aktiviti-aktiviti berkebajikan di pelbagai lapangan.

Pelbagai jenis program kebajikan yang boleh dirancang melibatkan semua lapisan rakyat pelbagai kategori umur, bangsa dan agama meliputi semua aspek kerohanian dan fizikal seperti mengadakan aktiviti ziarah kebajikan, majlis kenduri rakyat, penyampaian sumbangan, pemeriksaan kesihatan, gotong royong membaiki rumah asnaf, membersihkan kawasan kampung, masjid dan sebagainya.

Diharapkan pimpinan Pemuda dan Jabatan Amal Negeri Kawasan dapat melaksanakan program ini dengan kerjasama secara bersepadu bersama Lajnah-lajnah atau Jabatan lain di bawah Sektor Tanggungjawab Sosial dan Khidmat Masyarakat Dewan Pemuda PAS. Seeru ala barakatillah.

USTAZ HANAFI ZULKAPLI 
Naib Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ketua Sektor Tanggungjawab Sosial Dan Khidmat Masyarakat 
Dewan Pemuda PAS Malaysia – HARAKAHDAILY 28/6/2022

- Advertisement -
- Advertisement -