Kepentingan sanad dalam menyampaikan agama Islam

- Advertisement -

AGAMAWAN ialah mereka yang peka dan serius dengan menjaga sumber dan dalil agama. Dari manakah datangnya satu-satu amalan atau hukum mestilah bersandarkan dalilnya dan siapakah yang menyampaikannya. Oleh kerana itulah, datangnya kepentingan menilai sanad. Bahkan para ulamak menjadikan mengetahui kesahihan sanad adalah langkah pertama untuk memahami sesebuah hadis.

Ini tidak lain hanyalah kerana ingin menjaga ketulenan agama demi menegakkan syariat, sunnah yang sahih dari berleluasanya sesuatu perkara yang baru dalam agama Islam tanpa adanya sandaran. Abdullah ibn al-Mubarak berkata:

- Advertisement -

الإسناد من الدين لو لا الإسناد لقال من شاء ما شاء

“Sanad itu sebahagian daripada agama. Jika tidak ada sanad maka siapa saja boleh bercakap dengan apa yang dia mahu.” 

[Muqaddimah Sahih Muslim]

عن محمد بن سيرين قال: إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون دينكم

“Daripada Muhammad bin Sirin, katanya: “Sesungguhnya ilmu itu adalah agama. Oleh itu lihatlah daripada siapa kamu mengambil agama kamu.”” 

[Muqaddimah Sahih Muslim]

Seriusnya tokoh agama terdahulu dalam memastikan agama Islam berjalan dengan sahih lagi baik. Ilmu hadis ini tinggi nilainya. Hormatilah ia kerana ia adalah hasil kepayahan ulama zaman berzaman untuk memelihara khazanah Nabi S.A.W.

YB DATO’ USTAZ AHMAD MARZUK SHAARY
Timbalan Menteri
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 27/6/2022

- Advertisement -