Sistem amaran awal bencana geologi di kawasan berisiko

Foto daripada Facebook Kementerian Tenaga dan Sumber Asli.

KUALA LUMPUR: Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) mengambil langkah proaktif melalui inisiatif mewujudkan Projek Perintis Pembangunan Sistem Amaran Awal Bencana Geologi Aliran atau Early Warning System (EWS) berikutan tragedi bencana geologi aliran puing pada 18 Ogos 2021 lalu.

Menterinya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia telah dibangunkan melalui kerjasama pintar antara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan Universiti Teknologi Malaysia serta akan diintegerasikan dengan Sistem Amaran Awam (public warning system) oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Sebagai usaha memartabatkan Keluarga Malaysia yang prihatin, hari ini saya sendlri turun padang bagi melihat kesiapsiagaan Program Kesedaran Sistem Amaran Awal Bencana Geologi Aliran Puing Bersama Komuniti Jerai Geopark di Titi Hayun, Kedah,” ujarnya dalam kenyataan media, hari ini. (Foto atas)

Advertisement

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Shaikh Mahmood Nairn, Exco Industri, Pelaburan, Sains, Teknologi, Inovasi dan Pengajian negeri, Dato’ Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail; Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam negeri, Dr Robert Ling Kui Ee, Ketua Pengarah JMG, Hisamuddin Termidi dan Pengarah Disaster Preparedness & Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJllT) UTM Kuala Lumpur turut hadir pada program yang dianjurkan oleh JMG di bawah KeTSA itu.

Menurutnya, KeTSA telah mengenal pasti dan menghargai peranan wira-wira tidak didendang ketika tragedi pada 18 Ogos tahun lalu dan hari ini telah melantik 35 orang jaguh tempatan (local champion) yang telah menyumbang pengetahuan setempat bagi melahirkan masyarakat yang berdaya tahan terhadap ancaman bencana.

Katanya, mereka yang terpllih terdiri daripada kaum wanita, belia pemimpin masyarakat.

Beliau menambah, prlhatin dalam isu bencana alam seiring dengan perubahan iklim terutama membabitkan bencana geologi aliran puing dan tanah runtuh, KeTSA dan JMG akan terus menjalankan kajian dan program berimpak tinggi di lokasi berisiko yang telah dlkenal pasti termasuk melaksanakan program pemerkasaan daya tahan komuniti dalam usaha mengurangkan rlsiko bencana geologi.

Menurutnya lagi, projek perintis itu boleh dijadikan penanda aras dan model nasional dalam pengurangan risiko bencana geologi aliran puing serta amalan terbaik dalam pembangunan sistem amaran awal bencana geologi melalui penglibatan penduduk tempatan berpandukan kepada teknologi sains terkini.

“Projek perintis ini juga bakal dijadikan pusat pembelajaran komprehensif bagi bencana geologi aliran puing dan kajian pembangunan komuniti Jerai yang lebih berdaya tahan ke arah menyokong konsep build-back-better, sepertl mana saranan pihak United Nations Office for Disaster Risk Reduction (UNDRR),” jelasnya.

Beliau berkata, ia bukti komitmen Kerajaan Malaysia terhadap agenda global dalam pengurangan risiko bencana melalui UNDRR Sendai Framework for Disaster Risk Reduction 2015-2030 dan menjadi aspirasi nasional dalam konteks Keluarga Malaysia bagi mempertingkatkan kesiapsiagaan dan mengukuhkan daya tahan setempat. – HARAKAHDAILY 26/6/2022