Pengikut ajaran sesat berumur 14 hingga 70 tahun

Foto hiasan.
- Advertisement -

Oleh EVA NATASHA SADALI

SEJAK
Januari 2020 hingga September tahun lalu, sebanyak 47 kes pemujaan salah laku atau ajaran sesat dilaporkan di negara ini.

Bagaimanapun berdasarkan data terkini Wikipedia, sebanyak 58 gerakan agama baru dikenal pasti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai organisasi ajaran sesat.

Walaupun daripada segi luarannya, kumpulan-kumpulan ajaran sesat terbabit mendakwa ajaran mereka berlandaskan agama Islam, hakikatnya jika diteliti banyak pemahamannya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

- Advertisement -

Lebih menyedihkan, golongan profesional juga tidak terlepas daripada terpengaruh dengan menyertai kumpulan ajaran sesat.

Dua tahun lalu, negara dikejutkan dengan penangkapan seorang lelaki yang pernah mendakwa dirinya sebagai ‘Rasul Melayu’.

Ajaran sesat Rasul Melayu yang pernah difatwakan haram pada tahun 1991 kembali aktif di Selangor sekitar tahun 2020, namun berjaya dipatahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Apa yang mengejutkan pengikutnya yang ditahan berusia antara 14 dan 70 tahun, sedangkan jika dilihat dari segi perwatakan ‘Rasul Melayu’ pastinya kita hairan.

Isu ini mungkin seperti bahan jenaka dalam kalangan masyarakat tetapi hakikatnya, ia merupakan isu yang amat serius kerana membabitkan akidah orang Islam yang berpegang kepada mazhab Syafie.

Malah, sekitar pertengahan 1980-an, terdapat seorang rakyat Malaysia yang pernah mendakwa dirinya tuhan kepada segala agama dan boleh menjelma semula sebagai Jesus, Buddha, Shiva dan Nabi Muhammad SAW. – HARAKAHDAILY 25/6/2022

Ikuti kupasan lanjut dalam Harakah edisi cetak.

- Advertisement -