Integriti adalah maruah dan harga diri oghe Kelate

- Advertisement -

BULAN Jun ini, penuh kes rasuah dan penyelewengan, pecah amanah yang dibicarakan di mahkamah melibatkan pemuka politik daripada Umno, DAP-PH dan MUDA.

Sebagai oghe Kelate berada di bawah kepimpinan PAS, buat masa ini kita berasa lega kerana tiada lagi yang terpalit dengan isu sedemikian.

Oghe Kelate walau kita miskin, kita tak gadai maruah dan jati diri.  Antara maruah paling besar, adalah amanah atau boleh dipercayai.

Adalah aib besar bagi oghe Kelate kalau ada pihak tak percaya kepada mereka. Rela berhenti kerja cari orang yang percayakan kita.

Malah kita sanggup gadaikan apa sahaja, asalkan kita dipercayai dan kita tak dianggap sebagai khianat pada amanah.

Amanah dan kepercayaan ini kita panggil integriti. Walaupun ada pihak yang mengatakan “tak cukup integriti sahaja.”

Kita tahu mereka yang keluarkan ayat ini adalah dari kelompok yang tiada integriti dan terpalit dengan isu rasuah dan penyelewangan dalam mahkamah.

Kalau anda tiada integriti, jangan cuba ajar oghe Kelate untuk merendahkan nilai integriti dan gadaikan maruah diri seperti anda juga.

Integriti ini menjadi KPI tertinggi oghe Kelate dalam memilih kepimpinan. Walaupun ada yang hina dan maki macam-macam, soal integriti tiada galang gantinya.

Walaupun tak semaju negeri lain, dengan apa yang ada, kepimpinan Kelantan terus tegar menjaga harga diri dan maruah oghe Kelate selama 32 tahun.

Dan kita akui, kepimpinan Kelantan itu tidak maksum, ada kelemahannya. Tapi bab integriti memakan rasuah ini, kita berjaya jaga dengan cermat.

Malah, jika ada, ya jika ada yang khianat, pastinya kepimpinan tidak akan bersubahat malah meminta SPRM terus buat siasatan bukan 24 jam, tapi 25 jam pintu terbuka.

Ini komitmen besar yang ada, yang mungkin tiada pada parti-parti lain yang sedang merebut Kelantan.

Oghe Kelate takkan jual maruah diri dan harga diri mereka, dan meletakkan diri mereka serendah pemuka-pemuka politik yang senyum menerima rasuah, berjuta dalam bagasi di halaman rumah.

Tidak sama sekali, biarpun kita dikeji, dihina, oghe Kelate takkan sesekali mahu dilihat mengangkat parti yang tiada integriti.

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 24/6/2022

P/S: Lihat semua keratan akhbar di bawah ini semuanya pada bulan Jun. Moga dilindungi kita semua dari empat keratan awal dan moga kita bersama seperti keratan akhbar terakhir.

- Advertisement -