CUEPACS tuntut gaji minimum penjawat awam RM1,800

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Gaji minimum penjawat awam perlu ditingkatkan kepada kepada RM1,800 sebulan sebagai langkah ke arah mencapai negara maju menjelang tahun 2025.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Dato’ Adnan Mat berkata, sebelum ini kerajaan mengumum RM1,200 gaji minimum Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta.

Katanya, gaji penjawat awam perlu dinaik kepada RM1,800 selaras dengan cadangan kerajaan untuk menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.

- Advertisement -

“Kami juga menuntut sistem saraan diubah memandangkan ia telah digunakan sejak 20 tahun lalu, sedangkan kerajaan mengunjurkan sistem saraan dilaksanakan setiap 10 tahun.

“Sistem ini sudah tidak lagi releven dengan situasi semasa, justeru sistem baru dibentang kepada kerajaan wajar dipertimbangkan,” katanya
pada sidang media selepas Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perlis di sini semalam.

Menurutnya juga gaji penjawat awam wajar dinaikkan, manakala harga barang mentah diturunkan seperti dijanjikan kerajaan sebelum ini.

Kata beliau sewajarnya kerajaan melaksanakan segera apa yang dijanjikan memandangkan penjawat awam berada dalam kegelisahan akibat kenaikan harga barang secara mendadak.

“Menjelang Ogos hadapan kajian kami dan pakar ekonomi setiap orang berbelanja harian sebanyak RM148 sebulan bagi membeli barangan asas.

“Sudah tentu ia memberi kesan yang teruk kepada penjawat awam kerana peningkatan kos kehidupan tidak setara dengan kenaikan gaji,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 24/6/2022

- Advertisement -