Ada penduduk kaut untung hasil sewa rumah setinggan

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Sebelum ini tidak ramai tahu rupa-rupa ada pemilik rumah setinggan di Kampung Atas Paloh tidak mendiami rumah yang dibina di atas tanah kerajaan, sebaliknya memberi sewa kepada orang lain.

Lebih mengejutkan lagi kira-kira 50 peratus pemilik rumah setinggan di situ memberi sewa kediaman dibina mereka kepada pihak lain.

- Advertisement -

Ada yang menjadikan rumah setinggan sebagai kedai runcit dan kedai makan biarpun tahu tanah tersebut dimiliki Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Penghulu Mukim Zon Kubang Pasu, Mohd Nor Hashim Che Min berkata, walaupun mereka membina rumah di atas tanah kerajaan, namun rumah tersebut tidak didiami sebaliknya diberi sewa kepada individu lain.

“Kira-kira 50 peratus daripada penduduk di situ memberi sewa kepada orang lain termasuk dijadikan kedai runcit dan kedai makan.

“Setiap bulan mereka mendapat keuntungan dengan cara mudah, tanpa perasaan bersalah. Tiba-tiba apabila kerajaan mahu membangunkan lot tersebut mereka tuduh kerajaan zalim. Peliknya duduk di atas tanah secara haram berpuluh tahun,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya juga sehingga sekarang 16 penduduk di situ yang enggan berpindah kerana terpengaruh dengan dakwaan pembangkang termasuk PUTRA dan Amanah yang cuba menangguh di air keruh.

Usaha PKINK mahu membangunkan lot di lokasi sejak 2013 terbantut kerana tidak mendapat kerjasama setinggan yang mendiami di lot tersebut.

Bagaimanapun minnggu lepas mahkamah membenarkan kerja-kerja meroboh rumah setinggan dilakukan kerana tanah itu milik PKINK.

Berita lanjut dalam Harakah edisi cetak.

- Advertisement -