Sukarelawan gembira gerakkan KSKK KASA dengan baik

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Sepanjang berkhidmat di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA), banyak aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab Sukan, Kebajikan dan Kesukarelawanan Kementerian Alam Sekitar dan Air (KSKK KASA), kata Menterinya, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Tidak dilupakan ialah pasukan sukarelawan KASA yang bersemangat dan sudi menyumbang tenaga serta wang ringgit untuk membantu kerja-kerja pasca banjir di sekitar Selangor beberapa bulan lalu,” ujarnya menerusi catatan di Facebook beliau, hari ini.

- Advertisement -

Menurutnya, kelab itu juga telah menyelaras program sepanjang bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti menarik.

“Meskipun sibuk dengan kerja hakiki, namun mereka tetap gembira menggerakkan kelab ini dengan baik.

“Syabas dan terima kasih saya ucapkan,” katanya lagi.

Justeru, beliau berbesar hati untuk menyampaikan sumbangan peribadi kepada KSKK KASA bagi menyokong aktiviti-aktiviti menarik yang sedang diatur hingga akhir tahun ini. – HARAKAHDAILY 23/6/2022

- Advertisement -