Penderma darah berjasa murni, wira negara

- Advertisement -

PENDERMA darah adalah aset dan wira negara. Jasa murni mereka ini dapat membantu memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan selamat. Saya menyeru agar penderma-penderma ini dapat menjadi penderma darah yang berulang dengan tampil menderma darah setiap 3 bulan. 

Bagi orang ramai yang belum pernah menderma terutamanya golongan muda, tampillah menderma darah untuk memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dari masa ke semasa.

Kerajaan menghargai para penderma darah dengan menawarkan keistimewaan seperti berikut:

Sekiranya menderma darah kali pertama, penderma akan mendapat rawatan perubatan sebagai pesakit luar dan rawatan perubatan secara percuma dan wad kelas dua untuk tempoh empat bulan dari tarikh menderma.

Dua kali menderma darah dalam tempoh setahun, penderma akan mendapat suntikan Hepatitis B secara percuma.

Menderma antara 2 hingga 5 kali, percuma rawatan sebagai pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan dari tarikh menderma.

Menderma antara 6 hingga 10 kali, penderma akan mendapat rawatan percuma sebagai pesakit luar selama setahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh enam bulan dari tarikh pendermaan.

Menderma antara 11 hingga 15 kali, penderma akan mendapat rawatan percuma sebagai pesakit luar untuk tempoh 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh satu tahun.

Menderma antara 16 hingga 20 kali, penderma akan mendapat rawatan sebagai pesakit luar secara percuma dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh dua tahun.

Menderma antara 21 hingga 30 kali, percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh tiga tahun.

Menderma antara 31 hingga 40 kali, percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh empat tahun.

Menderma antara 41 hingga 50 kali, percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk tempoh enam tahun.

Menderma lebih daripada 50 kali, percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu selama 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu.

Justeru, marilah kita menyahut seruan untuk menderma darah, bukan menumpahkan darah kerana kita perlu beramal jariah. 

USTAZ MOHD AKMAL KAMARUDIN
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri – HARAKAHDAILY 23/6/2022

- Advertisement -
- Advertisement -