BPMS: Sedia bersama demi kesejahteraan rakyat

- Advertisement -

WALAUPUN berlainan blok parti, tidak menjadi halangan untuk beliau bertegur sapa dengan semua Ahli Dewan. Itulah contoh kepimpinan tauladan yang kita mahukan.

Semalam sempat beramah mesra dan saling bertanya khabar bersama YAB Menteri Besar Datuk Onn Hafiz. Nampak beliau tidak kekok untuk bermesra dengan semua Ahli Dewan walaupun kami di blok pembangkang.

Saya yakin YAB Datuk dan barisan Exco keseluruhan yang mana rata-rata terdiri daripada orang muda mampu memberi khidmat terbaik dan menunjukkan contoh kepimpinan dan tauladan yang terbaik buat rakyat Johor dengan mengamalkan kepimpinan yang berintegriti.

Kami di blok pembangkang akan terus menyokong dan senada sekiranya apa jua tindakan dan keputusan dibuat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat. 

Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) perlu diamalkan dalam segenap aspek lebih-lebih lagi dalam kita membahaskan agenda kebajikan dan berkepentingan kepada rakyat Johor dalam dewan yang mulia ini.

“Bangsa Johor”
“Maju Johor”
“Islam Menyatukan Ummah”

HAJI ABDUL AZIZ TALIB
ADUN Maharani – HARAKAHDAILY 22/6/2022

- Advertisement -
- Advertisement -