115 bekas ahli DAP serah borang sertai PAS

- Advertisement -

Oleh AMIRUDDIN MOHD ROSDI

SANDAKAN:
Seramai 115 bekas anggota DAP dari Kampung Mangkalinau menyerahkan borang permohonan untuk menyertai PAS, kelmarin.

Borang permohonan itu diserahkan kepada Setiausaha PAS Sabah, Dr Aliakbar Gulasan oleh wakil mereka, Muhammad Idris pada majlis yang diadakan di kampung berkenaan.

- Advertisement -

“Ini adalah bukti bahawa PAS memperoleh keyakinan dan kepercayaan dalam kalangan rakyat Sabah yang melihat kesungguhan PAS memperjuangkan nasib dan kepentingan rakyat tanpa menunggu waktu pilihan raya semata-mata,” ujar Aliakbar yang juga ADUN Sabah (Dilantik).

Menurut Muhammad, punca mereka menyertai PAS kerana hilang keyakinan terhadap kepemimpinan DAP khususnya dalam isu yang melibatkan kebajikan masyarakat.

“Kami yakin PAS sebuah parti yang betul-betul memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat merentasi fahaman politik, bangsa dan agama,” ujarnya.

Beliau yang juga ketua masyarakat merakamkan penghargaan kepada PAS Sabah dan berharap dapat membantu PAS dalam gerak kerja untuk terus menjadi parti pilihan rakyat negeri ini.

Hadir bersama dalam majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Yang Dipertua PAS Sandakan, Sahar Abdul Majid dan Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS Sabah, Isaac Wong. – HARAKAHDAILY 21/6/2022

- Advertisement -