Tolak ‘khemah besar’, tak lupa 22 bulan bawah PH

- Advertisement -

FIRMAN Allah S.W.T:

- Advertisement -

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللّٰهِ جَمِيْعًا وَّلَا تَفَرَّقُوْا ۖوَاذْكُرُوْا نِعْمَتَ اللّٰهِ عَلَيْكُمْ اِذْ كُنْتُمْ اَعْدَاۤءً فَاَلَّفَ بَيْنَ قُلُوْبِكُمْ فَاَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهٖٓ اِخْوَانًاۚ وَكُنْتُمْ عَلٰى شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَاَنْقَذَكُمْ مِّنْهَا ۗ كَذٰلِكَ يُبَيِّنُ اللّٰهُ لَكُمْ اٰيٰتِهٖ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُوْنَ.

 “Dan berpegang teguhlah kamu semua pada tali (agama) Allah dan janganlah kamu berpecah belah, dan ingatlah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulu (masa jahiliah) bermusuhan, lalu Allah menjinakkan di antara hati-hati kamu, sehingga dengan nikmat-Nya kamu menjadi bersaudara, (sedangkan ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu agar kamu mendapat petunjuk”.

(Aali Imran: 103)

PAS teguh berdiri di atas prinsip perjuangan demi melihat Islam dipelihara sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

PAS melalui pendekatan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) terus berusaha dan menyeru ke arah Penyatuan Ummah yang menyeluruh. Ini adalah penting bagi menjamin kestabilan dan kesejahteraan negara.

PAS tidak berputus asa untuk terus mengajak rakan-rakan parti Melayu Islam dan Bumiputera seperti Umno, BERSATU, juga parti Sabah dan Sarawak. PAS juga tidak meminggirkan rakan-rakan bukan-Islam yang tidak ekstrem. Penyatuan Ummah yang menyeluruh di mana semua pihak saling menghormati dan bertoleransi, sama-sama menjunjung perlembagaan negara dan menghormati status quo.

PAS menolak khemah besar kerana kita tidak lupa pengalaman berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan yang mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara.

PAS Johor teguh bersama ketetapan PAS Pusat menolak khemah besar dan memberi fokus kepada Penyatuan Ummah dalam menghadapi PRU-15.

“Islam Menyatukan Ummah”

USTAZ ABDULLAH HUSIN
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Negeri Johor – HARAKAHDAILY 20/6/2022

- Advertisement -