Tiada pemimpin Kelantan didakwa kesalahan rasuah

- Advertisement -

Oleh MUHAMMAD ARIF ISMAIL

KOTA BHARU:
Sehingga sekarang tiada dalam kalangan pemimpin dan kakitangan kerajaan negeri didakwa atas kesalahan penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, perkara itu dipertahankan sejak zaman pentadbiran Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga sekarang.

Katanya arwah Tok Guru pernah pernah sebut sekiranya ada bukti penyelewengan, salah guna kuasa dalam kalangan pimpinan kerajaan Kelantan wajar dibuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau Polis Diraja Malaysia.

- Advertisement -

“Kalau ada laporan dibuat, kami sedia untuk disiasat dan itu memang pendirian kerajaan ngeri kerana dari segi demokrasi sesiapa sahaja boleh bercakap atau memberi komen.

“Namun sebarang dakwaan mesti ada bukti dan itu merupakan asasnya,” kata beliau selepas program Apresiasi Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan & Pidato Ekonomi Sunnah ‘Penggerak Pembangunan Ummah’, di sebuah hotel di sini malam tadi.

Hadir sama Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK Ab Aziz Yunus.

Mohd Amar juga tidak menafikan sejak 1990 sehingga sekarang terdapat beberapa pegawai atau kakitangan kerajaan negeri disiasat berhubung perkara tersebut selepas menerima laporan daripada pihak tertentu. – HARAKAHDAILY 20/6/2022

- Advertisement -