PAS Perak lantik Timbalan Pesuruhjaya baharu

- Advertisement -

PAS Negeri Perak sedang mengemaskini organisasi kepimpinan khususnya menjelang pilihan raya. Ini berikutan kematian almarhum Ustaz Mustafa Shaari, Timbalan Pesuruhjaya 1 yang juga ketua lajnah Tarbiah. 

Menyedari kepentingan tarbiah dalam PAS demi menjaga keaslian perjuangan, maka Ustaz Suhaimi Wafir yang juga Naib Ketua Dewan Ulamak dilantik mengisi jawatan Timbalan Pesuruhjaya tiga. 

Timbalan Pesuruhjaya Satu diamanahkan kepada YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin yang sebelum ini Timbalan Pesuruhjaya dua. Beliau bertanggungjawab menguruskan pemerkasaan parti.

Timbalan Pesuruhjaya Dua disandang Tuan Haji Rosli yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Tiga sebelum ini.

Ustaz, Suhaimi dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tiga sekali gus memimpin lajnah Tarbiah meneruskan legasi perjuangan almarhum. Tarbiah adalah elemen terpenting dalam pembinaan organisasi PAS. Perubahan struktur ini tidak melibatkan jawatan lain.

YB Razman Zakaria selaku Pesuruhjaya, PAS Perak mengumumkan pelantikan ini dalam mesyuarat bulanan Badan Perhubungan PAS Perak Jumaat lepas. 

FAIRUZ HAFIIZH OTHMAN
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Perak – HARAKAHDAILY 20/6/2022

- Advertisement -
- Advertisement -