Raja Muda Kedah dahului 62 penerima darjah, bintang kebesaran

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin mendahului 62 penerima darjah dan bintang bebesaran sempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan ke-80 Tunku Sultan Kedah.

Tengku Sarafudin menerima Darjah Kerabat Kedah, dikuti Raja Puan Muda, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff menerima Darjah Kerabat Sallehuddin, manakala Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Kedah dikurniakan kepada Tunku Laksamana Kedah Dato’ Seri DiRaja Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin.

Timbalan Ketua Istiadat Dato’ Indera Setia Mohd Omar Mohamad pula menerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (D.P.S.S) yang membawa gelaran Dato’ Paduka.

- Advertisement -

Presiden Majlis Jaksa Pendamai Negeri Kedah Dato’ Seraja Wangsa Syed Azizan Syed Mohamad Al-Idrus dan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya, Dato’ Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman masing-masing menerima Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (D.G.M.K) membawa gelaran Dato’ Wira.

Setia Usaha Kerajaan Negeri, Dato’ Paduka Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, baginda juga berkenan menganugerah darjah kebesaran Seri Setia DiRaja Kedah Yang Amat DiHormati (S.S.D.K) yang membawa gelaran Dato’ Seri kepada Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Majlis istiada penyampaian darjah kebesaran dan pingat-pingat di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit hari ini.

Exco Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India, Azman Nasrudin dan Exco Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Wan Romani Wan Salim menerima darjah kebesaran Dato’ Setia Sultan Sallehuddin Kedah (D.S.S.S) membawa gelaran Dato’.

Selain itu 21 penerima Darjah Dato’ Setia Diraja Kedah (DSDK) membawa gelaran Dato’, antaranya Peguam Cara Negara, Dato’ Ahmad Terrirudin Mohd Salleh, Hakim Mahkamah Tinggi Sungai Petani 1 Chan Jit Li, Adun Belantik Mohd Isa Shafie, Pegawai Daerah Kulim Abdul Bari Abdullah, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Syed Khairol Anuar Syed Abidin dan Pegawai Daerah Kubang Pasu Muhamad Aroff Darus.

Selain itu Pegawai Daerah Bandar Baharu Rohaizad Rashid, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Dato’ Arham Abdul Rahman, Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) Kamarudin Abd Akib, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Marzunisham Omar, Pengarah Cawangan Kerja Kesihatan Azman Md Hashim dan Pegawai Agama Daerah Kota Setar Ahmad Faisol Omar.

Turut menerima anugerah serupa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Kulim Technology Park Corporation Sdn. Bhd, Mohd Sahil Zabidi, Perunding Kardiologi Timbalan Ketua Jabatan Kardiologi Institut Jantung Negara, Dato’ Dr Azmee Mohd Ghazi, Pakar Perunding Perubatan Jabatan Perubatan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Dr P Tharmalingam.

Manakala Exco Perumahan, Alam Sekitar, Perpaduan, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Siam Negeri Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee menerima pingat Jaksa Pendamai (J.P). – HARAKAHDAILY 19/6/2022

- Advertisement -