Peranan muslimat rentasi sempadan keluarga

- Advertisement -

Oleh NOOR SARA MASHITOH MOHAMAD HANIF

KANGAR:
Muslimat memainkan peranan penting dalam usaha memposisikan PAS dalam masyarakat yang boleh bertindak sebagai agen perubahan.

Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata, peranan Muslimat dalam dunia politik tidak dapat dinafikan lagi, malah menjadi sebahagian daripada sayap yang melengkapkan perjuangan PAS.

Katanya, muslimat sekarang bukan lagi hanya berperanan dalam keluarga, malah mampu memainkan peranan besar dalam masyarakat.

- Advertisement -

“Begitu juga keterlibatan guru-guru PASTI dan sekolah di bawah pentadbiran PAS dalam masyarakat,” katanya pada pertemuan kepimpinan PAS Negeri bersama ahli jawatan kuasa Dewan Muslimat PAS Negeri (DMPN) hari ini.

Sementara itu, Ketua Penerangan DMPN, Ummu Thoriq berkata, beliau mengambil masa 20 tahun selepas berkahwin untuk terlibat secara aktif dalam PAS.

Katanya sebelum ini beliau berdepan dengan pelbagai kekangan yang tidak dapat dielakkan.

“Setiap hari saya berdoa dan solat hajat akhirnya kini Allah makbulkan untuk membolehkan saya terlibat secara langsung dalam perjuangan PAS,” katanya.

Turut hadir pada pertemuan itu Timbalan Pesuruhjaya 1 Ruslee Eizan, Timbalan Pesuruhjaya 2 Saad Seman, Setiausaha PAS Negeri Baharudin Ahmad dan Ketua Dewan Pemuda PAS Asrul Aimran Abd Jalil. – HARAKAHDAILY 19/6/2022

- Advertisement -