Usahawan wanita Muslim perlu jaga batas agama

- Advertisement -

Oleh SARINA ISMAIL

ALOR SETAR:
Sekarang ramai wanita Muslim muncul sebagai usahawan berjaya dengan mengeluarkan produk kecantikan, kesihatan dan pelbagai lagi.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kedah, Dato’ Siti Ashah Ghazali bagaimanapun berkata, dalam masa yang sama segelintir mereka sanggup melakukan aksi kurang sopan demi melariskan produk.

- Advertisement -

Katanya, matlamat tidak menghalal cara, sebaliknya mencari yang berkat adalah dituntut agama.

“Berniaga itu baik dan digalakkan dalam agama, namun wajar memahami batasan terutama sebagai wanita Muslim,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini tular di media sosial beberapa pengusaha produk kecantikan dan kesihatan melakukan aksi kurang sopan sehingga mengundang kemarahan netizen.

Rata-rata netizen menggesa kerajaan mengambil perhatian dan tindakan terhadap pihak terbabit.

Ashah yang juga Exco Kerajaan Kedah berharap semua pihak terutama wanita menjaga batas susila sesuai dengan budaya timur serta tidak bercanggah dengan syariat Islam.

“Rezeki dan kejayaan itu datang dari Allah dan manusia hanya berusaha dengan cara yang diredai-Nya.

“Berniagalah tetapi syariat Islam dan batas susila adab sebagai orang Islam dan Melayu mesti dijaga,” kata beliau. – HARAKAHDAILY 17/6/2022

- Advertisement -