Keluh-kesah petani

- Advertisement -

PAGI tadi (semalam) saya dapat mencuri masa untuk turun ke Kampung Benua. Bagi meninjau sendiri masalah yang dihadapi para petani di sini.

Saya ditemani Pegawai MADA iaitu Encik Mohd Tarmizi Rosli bersama wakil pesawah Salleh Omar dengan Saudara Ridzuan Mansor.

Kami di pihak Pusat Khidmat Penyelaras DUN Pengkalan Kundur acap kali menerima aduan daripada pesawah Kampung Benua susulan masalah laluan yang dihadapi.

Salleh Omar mengkhabarkan bahawa masalah ini sering terjadi kemuncaknya apabila tiba musim menuai dan ia menjadi masalah besar kepada pesawah. Bahkan, ia melibatkan beratus relong sawah padi.

Semestinya laluan ini satu-satunya jalan yang digunakan untuk mengakses kemudahan mengangkut padi. 

Mana tidaknya, laluan sempit ini menyukarkan pesawah untuk berulang-alik. Begitu juga jentera pembajak dan mesin padi yang sukar untuk melewati kawasan sekitar.

Saya turut dimaklumkan dari Encik Mohd Tarmizi bahawa masalah ini telah pun diambil kira MADA. Namun, berlakunya masalah apabila kontraktor yang sepatutnya menyiapkan projek ini tidak mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Saudara Ridzuan sendiri membawa saya ke sawah. Bagi melihat sendiri keadaan yang terpaksa mereka hadapi.

Walaupun demikian, pihak Penyelaras DUN amat memandang serius terhadap permasalahan ini. Memang benar ini adalah jalan utama yang menghubungkan jalan kampung dengan sawah padi. Projek jajaran baru dan pelebaran harus dilaksanakan.

Pihak Penyelaras DUN akan cuba sedaya upaya bagi mempermudahkan urusan penduduk. Kami akan cuba untuk berhubung dengan pihak yang terbabit untuk segera menyelesaikan perkara ini.

DR USTAZ AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI
Yang Dipertua
PAS Kawasan Kuala Kedah – HARAKAHDAILY 17/6/2022

- Advertisement -
- Advertisement -