Semoga kekal cuti Jumaat di Johor

- Advertisement -

“JIKA kita perhatikan pada masa ini orang lelaki terkejar-kejar ke masjid untuk solat Jumaat pada waktu rehat yang singkat. Pada waktu khutbah Jumaat pula sering dijadikan waktu untuk berehat dan tidur. Dan selepas selesai solat mereka bergegas meninggalkan masjid sehingga tidak sempat untuk menunggu imam membaca doa dan mengaminkannya. 

“Kita semua sedia maklum bahawa di Malaysia ini masih ada beberapa buah negeri yang mengamalkan cuti hari Jumaat. Yang diamalkan cuti hari Jumaat negeri Johor juga telah mengamalkannya sebelum ini. Oleh yang demikian setelah dinilai banyak pandangan saya telah membuat keputusan muktamad supaya hari cuti mingguan ditukar kepada hari Jumaat dan Sabtu.”

Demikian titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada majlis sambutan Hari Keputeraanya kali ke -55 di Dewan Jubli Intan Muar, Johor November 2013.

Asas dan justifikasi Tuanku cukup baik dan kuat.

Kini ada cadangan untuk ubah kembali keputusan itu sebagaimana dinyatakan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi atas permintaan sesetengah pihak.

Dalam akhbar The Star hari ini antara pemimpin yang kuat menyokong perubahan ini adalah Ketua Pembangkang DUN Johor dari DAP Liew Chin Tong.

Kata Chin Tong cadangan ini mampu memperbaiki dan memberi nilai tambah pada kehidupan rakyat Johor.

Sudah pasti Chin Tong tidak boleh diharapkan untuk menghargai kepentingan hari Jumaat buat umat Islam.

Dulu ketika jadikan Jumaat cuti hujung minggu di Johor titah Tuanku Sultan pertukaran cuti tersebut bagi menghormati hari Jumaat sebagai penghulu segala hari.

Semoga Menteri Besar Johor mengambil kira perkara ini dan diharap kekallah penghulu segala hari dihormati rakyat Johor untuk menjadi contoh pada negeri-negeri lain.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 16/6/2022

- Advertisement -
- Advertisement -