100,000 jemaah haji tiba di Arab Saudi

Lebih 100,000 jemah sudah tiba di Arab Saudi sejak Isnin, 13 Jun 2022 untuk menunaikan umrah pada tahun ini. (FOTO Saudi Gazette)
- Advertisement -

Susunan ZULHAIDI MANSOR

MADINAH: Lebih 100,000 jemaah dari serata pelusuk dunia sudah tiba di Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

Ia adalah susulan ketibaan seramai 99,884 jemaah tiba di Saudi pada Isnin (15 Jun) manakala selebihnya tiba pada hari berikutnya. 

- Advertisement -

Merujuk kenyataan yang diterbitkan oleh agensi di bawah Kementerian Haji dan Umrah bagi Hal Ehwal Lawatan Saudi, Saudi Gazette melaporkan bahawa jumlah jemaah yang tiba di Saudi pada Isnin sahaja mencapai 17,132.

Kenyataan itu juga menunjukkan angka statistik umum bahawa jumlah jemaah yang tiba di Saudi melalui kesemua pelabuhan sehingga 13 Jun lalu.

“Jumlah jemaah yang tiba di Arab Saudi melalui udara mencecah 99,884 orang. Jumlah jemaah yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Muhammad di Madinah pada Isnin mencecah 13,123, dan ini adalah tambahan kepada jemaah yang dicapai sebdelum ini yang berjumlah 73,891 jemaah,” ujar kenyataan tersebut.

Jemaah mengelilingi Kaabah dengan mengenakan penutup muka dan menjaga jarak untuk membantu menghentikan penyebaran virus Covid-19 ketika menunaikan umrah di Masjidil Haram, Makkah, Arab Saudi pada 30 Mei 2021. (FOTO AP/AMR NABIL)

Tambah kenyataan itu, jumlah jemaah yang meninggalkan Madinah untuk ke Makkah pada Isnin melalui Pusat Perkumpulan Haji di Madinah pula mencecah 4,539 orang manakala jumlah jemaah yang tiba situ mencecah 9131 jemaah. Sementara, jemaah yang kekal tinggal di Madinah berjumlah 68,543 orang.

“Agensi kerajaan  Arab Saudi bekerja keras untuk menyediakan pakej perkhidmatan kepada jemaah haji dan pengunjung Masjid Nabawi.

“Sebanyak 189 lawatan pemeriksaan telah dilakukan untuk menilai taraf dan kualiti penginapan jemaah, selain mengendalikan 285 kes perpindahan jemaah dan 37 kes meninggalkan penginapan manakala jumlah jemaah yang sesat dan dibantu mencari penginapan mereka mencecah 121 jemaah.

“Agensi itu menjalankan 13 lawatan pemeriksaan kepada jemaah haji yang dirawat di hospital, dan 86 lawatan untuk menilai prestasi penyedia perkhidmatan. Penilaian sampel kesediaan perumahan jemaah haji mencapai 75 peratus,” kata agensi itu sambil menambah tiada jemaah yang hilang dilaporkan setakat ini.

Pemandangan dari udara menyaksikan umat Islam dari seluruh berkumpul menunaikan ibadah haji di Makkah sebelum pandemik Covid-19 melanda global pada hujung tahun 2019. (FOTO Arab News)

Tambah kenyataan itu, agensi juga sedang berusaha untuk mempercepatkan masa untuk menyelesaikan prosedur menerima jemaah haji semasa ketibaan mereka.

“Purata masa untuk menyelesaikan prosedur jemaah haji di luar ruang istirahat lapangan terbang pada tahun ini adalah selama 29 minit, berbanding 36 minit semasa haji 1440 hijrah (tahun 2019).

“Sementara, purata masa untuk menyempurnakan prosedur bagi jemaah di dalam dan di luar ruang rehat ialah selama 102 minit untuk haji tahun ini, berbanding 127 minit haji 1440 hijrah. Purata masa untuk menyelesaikan prosedur perjalanan haji di bawah Inisiatif Jalan Makkah ialah selama 55 minit berbanding 60 minit untuk semasa Haji 1440 hijrah,” ujarkenyataan tersebut.

100,000 jemaah umrah setiap hari

Sementara itu, Arab News melaporkan bahawa jumlah jemaah yang dibenarkan menunaikan umrah dan solat di Masjidil Haram di Makkah akan meningkat mulai Jumaat (18 Jun) ini mencecah sehingga 100,000 orang pada setiap hari – peningkatan sebanyak 30,000 berbanding kapasiti semasa, dan sejumlah 60,000 jemaah akan dapat bersolat di masjid berkenaan.

Senario ketika Kaabah kosong selepas ditutup kepada orang ramai ketika era pandemik Covid-19 (FOTO Ummid)

Menurut laporan itu, penyambungan semula kebenaran untuk menunaikan umrah bagi jemaah dari negara lain bermula pada 10 Ogos depan ketika kerajaan Arab Saudi  terus melonggarkan sekatan Covid-19.

Tambah laporan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Haji British, Rashid Mogradia, berkata  pengalaman menunaikan umrah bulan ini  sebagai menyayat hati.

“Kerajaan Saudi telah melakukan tindakan yang luar biasa dalam mengawal penyebaran Covid-19. Kita dapat melihat bahawa langkah berjaga-jaga yang telah diambil oleh pihak kerajaan telah membawa hasilnya sekarang ini. 

“Kami melihat jumlah jemaah umrah meningkat di dalam negara dan kami juga telah mula melihat syarikat dari United Kingdom dan jemaah haji Britian menunaikan umrah,” tambahnya.

Kumpulan pertama jemaah haji dari Malaysia menuju ke Arab Saudi berkumpul di Pusat Konvensyen Movenpick, Sepang, Selangor pada 4 Jun 2022. (FOTO Bernama)

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Council of British Hajjis, Rashid Mogradia berkata, ia turut  menggalakkan orang Islam Britain yang lain untuk terbang ke Saudi untuk menunaikan umrah dan berkata langkah berjaga-jaga diamakan kerajaan negara itu sepanjang langkah dalam perjalanan umrahnya adalah sangat teliti.

“Ini termasuk syarikat penerbangan kebangsaan Saudi yang menerbangkan saya ke sana. Mereka melakukan kerja yang hebat dalam memastikan tempat duduk di dalam kapal terbang dibersihkan dan semua orang mendapat pek keselamatan yang terdiri daripada pembersih tangan, kain lap dan topeng muka yang sangat bagus kualitinya.

“Agak mengujakan dan terharu apabila melihat lebih ramai jemaah menunaikan umrah dan tawaf berbanding pengalaman saya pada November 2020 yang merasakan seperti saya seorang sahaja berada di sana.

“Saya berasa berbesar hati dan berbesar hati kerana dapat menunaikan umrah kerana kita tahu ia adalah panggilan Ilahi. Saya mahu menggalakkan semua orang untuk mengetepikan sebarang kebimbangan,” kata Mogradia. – HARAKAHDAILY 15/6/2022

- Advertisement -