Layanan mesra luar biasa buat kucing di Istanbul

Imam Masjid Aziz Mahmut Hudayi di Istanbul, Iman Mustafa Efe membelai kucing yang berada dalam masjid itu dengan penuh kasih sayang. (FOTO Anadolu/Getty Images)
- Advertisement -

Susunan ZULHAIDI MANSOR

ISTANBUL: Bandar Istanbul di Turki tidak seperti bandar-bandar lain di dunia kerana mempunyai keistimewaan tersendiri dari segi layanan penduduknya terhadap haiwan, khususnya kucing yang meraih layanan mesra luar biasa di seluruh pelosok kota raya tersebut.

Ini kerana di kebanyakan kedai, pejabat kerajaan dan kafe di Istanbul mempunyai maskot kucing mereka sendiri yang menyediakan keperluan makanan kucing yang lengkap berserta bekas minuman yang  memenuhi kaki lima di seluruh bandar tersebut. 

- Advertisement -

Penduduk di bandar itu dilihat mempunyai rasa bertanggungjawab untuk menjaga kucing di kawasan kejiranan mereka  dan ia merupakan usahasama orang ramai yang bersama-sama menyediakan makanan segar dan air minuman untuk kucing di kota yang indah ini. 

Mustafa Efe yang merupakan imam di Masjid Aziz Mahmut Hudayi di Istanbul memberitahu The Guardian bahawa setiap manusia bertanggungjawab ke atas makhluk hidup ini dan mereka (kucing) adalah sahabat kepada manusia. 

Dalam Islam, kucing merupakan makhluk ciptaan Allah S.W.T yang sangat dimuliakan darjatnya. (FOTO Dailysabah)

“Apa yang kita pelajari daripada Allah S.W.T  dan para nabi yang kita percayai ialah apa-apa selain rahmat Allah S.W.T  adalah tidak dapat dibayangkan, maka masjid dibuka setiap hari, untuk mana-mana makhluk ini, pada bila-bila masa mereka memerlukan belas kasihan.

“Kucing diterima sebagai haiwan yang bersih dalam Islam, dan Nabi Muhammad S.A.W menyeru melakukan kebaikan kepada mereka (kucing),” katanya.

Penduduk Turki bertuah ahli-ahli politik di negara itu sangat mengambil berat terhadap perlindungan kucing. (FOTO The Indian Express)

Menurut laporan itu  juga, seorang kanak-kanak di Istanbul yang ditemubual, Tuana Ekin Şahin, 12, menjelaskan bahawa sejak musim panas, pada setiap minggu dan sekiranya cuaca mengizinkan, dia akan bermain biola untuk umengumpul wang  lebih banyak bagi membina  rumah buat kucing di bandar itu.

Tambah laporan itu, Şahin mengumpul lebih 2,000 lira (kira-kira RM513) yang dia gunakan untuk membina rumah kucing besar di kawasan kejiranannya.

Kucing merupakan haiwan kesayangan penduduk Turki, khususnya di Istanbul. (FOTO Newsweek)

Sementara itu, TRT World pula melaporkan majlis perbandaran di bandar Istanbul turut menyediakan perkhidmatan percuma untuk orang ramai membawa masuk haiwan terbiar yang memerlukan rawatan perubatan. 

Sehubungan itu, penduduk Istanbul berbangga apabila mengetahui bahawa bandar itu mempunyai hubungan unik dengan haiwan serta  ahli politik negara berkenaan turut berusaha untuk mengekalkan perkara positif itu buat generasi akan datang.

Populasi kucing jalanan di Turki merupakan pemandangan biasa di Istanbul dan haiwan ini dilayan dengan sangat baik oleh penduduknya. (FOTO Dailysabah)

Menurut laporan itu juga, selepas bertahun-tahun perbincangan, rang undang-undang hak haiwan yang sangat dinanti-nantikan sedang memasuki parlimen Turki yang akan memastikan haiwan ditakrifkan sebagai makhluk sah dan bukannya status semasa mereka sebagai komoditi; dan perubahan itu akan memastikan jenayah terhadap haiwan diletakkan pada kedudukan yang sama dengan keganasan terhadap manusia, yang membawa kepada hukuman penjara.

“Rang undang-undang itu mendapat sokongan semua parti utama negara termasuk Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Party), pembangkang utama Parti Rakyat Republik (CHP), Parti Gerakan Nasionalis (MHP) dan Parti Baik (IP),” ujar laporan berkenaan.

Di Istanbul, kucing-kucing jalanan dibenarkan memasuki masjid dan menerima layanan istimewa. (FOTO goodnewsnetwork.org)

Terdahulu, menurut TRT World, Turki, dan khususnya ibu negara Istanbul telah membangunkan budaya penjagaan dan belas kasihan yang tidak terhingga untuk haiwan di kota raya itu sejak ratusan tahun dahulu.

Kucing dan haiwan lain di bandar itu yang dianggarkan berjumlah kira-kira 150 000, berkongsi tempat dengan 16 juta populasi manusia, serta dilayan mesra secara luar biasa dengan penuh kasih sayang oleh penduduknya. – HARAKAHDAILY 14/6/2022

- Advertisement -