Bon Odori: Umat Islam wajib tolak festival berunsur agama lain

- Advertisement -

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) Pulau Pinang menyokong saranan dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Mufti Pulau Pinang dan pihak berkuasa agama mengenai hukum menyertai Festival Bon Odori bagi umat Islam yang akan berlangsung pada 16 Julai ini di Kompleks Sukan Negara Shah Alam Selangor.

Agama Islam melarang sebarang perayaan yang berunsur agama lain serta haram bagi umat Islam meraikannya, bahkan wajib dihindari bagi kemaslahatan agama.

PAS Pulau Pinang turut menegaskan bahawa isu ini tidak harus dipolitikkan kerana ia melibatkan akidah umat Islam.

Islam menghormati kebebasan beragama semua pihak, namun kita juga diwajibkan mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan akidah.

Oleh yang demikian, setiap umat Islam perlu hormati keputusan Mufti, serta pihak berkuasa agama yang mempunyai fakta dan maklumat yang tepat dalam isu ini sebelum menggadaikan prinsip beragama hanya kerana kepentingan agenda politik.

“Islam Menyatukan Ummah”

USTAZ MUHAMMAD FAUZI YUSOFF
Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
14 Jun 2022 – HARAKAHDAILY 14/6/2022

- Advertisement -
- Advertisement -