‘Syabas saya ucapkan kepada tim MyShopDigital’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad mengucapkan syabas kepada pasukan MyShopDigital Sdn Bhd.

Beliau yang teruja hati dengan aplikasi itu yang dikira antara fardu kifayah yang diselesaikan oleh kumpulan berkenaan dalam menyediakan platform untuk penghantaran makanan halal kepada pengguna-pengguna yang mahu mendapatkan makanan halal.

- Advertisement -

Katanya, apa yang lebih teruja, mereka sentiasa update aplikasi dengan inisiatif Catatan Duha yang selalu beliau keluarkan menerusi laman Facebook untuk perkongsian harian.

“Sungguh saya rasa bertuah, dalam menyampaikan dengan lebih luas terhadap perkongsian yang share pada setiap hari ini.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua tim MyShopDigital Sdn Bhd,” katanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Idris berharap semoga usaha yang mungkin dilihat kecil oleh mereka tetapi baginya dan seluruh rakyat Malaysia melihat ia sangat besar.

Malah, beliau mengharapkan juga Allah menilai usaha itu adalah sebuah pahala berpanjangan untuk kebaikan seluruh rakyat Malaysia umumnya dan khususnya untuk umat Islam. – HARAKAHDAILY 13/6/2022

- Advertisement -