Perkasa PN, perkukuh gerak kerja hadapi PRU15

Foto daripada Facebook Muhyiddin Yassin.
- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Perikatan Nasional (PN) malam tadi membuat ketetapan untuk terus memperkasakan PN dalam persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, mesyuarat juga membuat ketetapan memperkukuhkan gerak kerja parti komponen PN dalam persiapan menghadapi PRU15 dan mendepani isu-isu semasa yang dihadapi rakyat amnya.

- Advertisement -

“Mesyuarat Majlis Tertinggi mengambil maklum tentang perbincangan tidak rasmi saya dengan pimpinan parti-parti politik yang lain,” ujarnya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh semua Presiden parti anggota PN iaitu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden STARSABAH Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai serta wakil-wakil daripada semua parti komponen.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat itu turut mengumumkan pelantikan-pelantikan yang berkuat kuasa serta merta iaitu Presiden Gerakan, Senator Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Pulau Pinang dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Johor, Dato’ Dr. Sahruddin Jamal sebagai Pengerusi Badan Perhubungan PN Johor. – HARAKAHDAILY 12/6/2022

- Advertisement -