Ustazah Nuridah: Warna-warna bunga menghiburkan hati

- Advertisement -

DI sebalik jadual yang padat sebagai Ahli Dewan Negara dan Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, SENATOR NURIDAH MOHD SALLEH yang mesra dikenali Kak Nuri rupanya sempat melakukan aktiviti yang diminatinya sejak remaja. Beliau juga gemar menjamu mata dengan pemandangan bunga yang pelbagai warna. Baginya, dengan melihat sifat warna-warni bunga itu dapat menghiburkan hati dan menjadi terapi buat dirinya. Wartawan Harakahdaily, SYAHIRAH SALLEH bersempatan mewawancara beliau, baru-baru ini.

- Advertisement -

HARAKAHDAILY: Ustazah, ura-ura ada sebut Ustazah minat bercucuk tanam, benarkah?

USTAZAH NURIDAH: Ya, saya memang suka menanam pokok. Kak Nuri suka tanam pokok bunga dan sayur-sayuran seperti ulam-ulaman. Cili dan ulam-ulaman.

Jadi, apakah tanaman kegemaran Ustazah?

Yang paling suka? Rahsia. Tetapi semua bungalah suka. Suka tengok warna-warna, memang menghiburkan hati. Itu satu terapi sebenarnya, kan?

Bunga kegemaran yang mana satu?

Entahlah, semua tanam, tetapi memang suka tengok banyak warna.

Boleh kongsi tips tanam bunga. Ramai yang tanam tapi tidak hidup, asyik mati sahaja.

Ye, ke? Tanam bunga ini sebenarnya macam… Ustazah pun memang sibuk kan? Tetapi oleh kerana minat ini daripada muda lagi, sejak remaja, daripada anak dara itu memang suka tanam. – HARAKAHDAILY 9/6/2022

Wawancara penuh disiarkan dalam akhbar Harakah.

- Advertisement -