Pemimpin Pemuda Umno damba populariti

- Advertisement -

DEWAN Pemuda PAS Kedah merujuk kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Saudara Syed Mohd Johan Rizal selaku Pengarah Komunikasi Pemuda Umno Malaysia dan juga Ketua Pemuda Umno Alor Setar yang bertajuk ‘Sanusi jangan selesa jadi MB Kedah pintu belakang’.

Mewakili Pemuda PAS Kedah yang matang, kenyataan selaku Pengarah Komunikasi Pemuda Umno Malaysia ini adalah kenyataan kurang bertanggungjawab dan tidak cermat. Membaca tajuk berita tanpa merujuk konteks kenyataan bersama media tersebut membuatkan Pengarah Komunikasi Pemuda Umno Malaysia ini terperangkap dengan kenyataan balasnya.

Mungkin kerana jawapan keyakinan MB Kedah selaku Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, menyebabkan kurang senang beliau selaku Ketua Pemuda Umno Alor Setar ini untuk tidak sabar-sabar dicalonkan dalam PRU akan datang. 

Pemuda PAS Kedah konsisten bersama PAS Kedah pimpinan YB. Senator Dato’ Ahmad Yahaya menyokong usaha membantu kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md. Nor dalam memastikan pemulihan negara pasca pendemik COVID-19 dan ianya terbukti dengan kejayaan pelaburan tertinggi dalam sejarah Negeri Kedah sebanyak RM68.3 bilion seperti yang diumumkan sebelum ini.

Tiada istilah ‘kerusi empuk’ jika pasukan Menteri Besar Kedah hari ini yang saban hari bekerja untuk rakyat dan terus membela rakyat, namun yang dikesali kita boleh bertanya pada ’empunya diri’ yang sebelum ini dilihat gagal dalam memberikan yang terbaik ketika bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Mungkin juga ada ‘tangan-tangan ghaib’ mengarah Pengarah Komunikasi Pemuda Umno Malaysia ini untuk menyerang secara tidak langsung Perdana Menteri Malaysia ke-9, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob untuk membubarkan parlimen?

ADNAN YUSOF
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah – HARAKAHDAILY 8/6/2022

- Advertisement -
- Advertisement -