Daulat Tuanku

- Advertisement -

RAJA berjiwa rakyat memayungi Keluarga Malaysia.

Institusi diraja menerusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja telah menjadi tunjang utama politik Malaysia yang berteraskan Raja Berperlembagaan melalui amalan demokrasi berparlimen.

Ketika negara kita berhadapan dengan konflik politik yang runcing, kebijaksanaan Tuanku dalam menyelesaikannya menambah rasa kagum rakyat terhadap institusi diraja.

- Advertisement -

Raja dan rakyat berpisah tiada. Begitulah menggambarkan kebersamaan institusi diraja dengan rakyat jelata.

Patik mewakili seluruh keluarga Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin memohon ampun dan merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku pada 6 Jun 2022 bersamaan 6 Zulkaedah 1443H.

Patik juga mendoakan semoga Tuanku terus berada di dalam limpahan rahmat Allah untuk terus memimpin negara.

Semoga Malaysia terus maju dan berdaulat di bawah naungan Tuanku.

Daulat Tuanku!

YB TAN SRI DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
6 Zulkaedah 1443 / 6 Jun 2022 – HARAKAHDAILY 6/6/2022

- Advertisement -