RM500,000 setahun bantu anak muda niaga di Stesen Mek Awey

- Advertisement -

SALMAH MAT HUSAIN|FOTO RIZAL TAHIR

KOTA BHARU:
Kerajaan negeri akan menambah peruntukan untuk program perniagaan anak muda melalui Stesen Mek Awey sekiranya ia mendapat sambutan menggalakkan.

Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah berkata, setakat ini kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM500,000 setahun untuk program berkenaan.

- Advertisement -

“Kita tengoklah macam mana, kalau ia berjaya dan mendapat sambutan, insyaAllah kerajaan negeri akan menambah peruntukan program berkenaan,” katanya selepas merasmikan Stesen Mek Awey bagi peringkat Parlimen Pengkalan Chepa di Padang Tembak dekat sini semalam.

Stesen berkenaan merupakan yang kelima di Kelantan, terletak di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Panchor.

Mohd Amar juga berkata, hasil maklumat yang diterima keempat-empat Stesen Mek Awey yang beroperasi di Kota Bharu, Machang dan Tumpat berjalan lancar.

Menurutnya juga perniagaan di Stesen Mek Awey bukan seperti kedai makan biasa di mana satu kios hanya berniaga satu menu sahaja.

“Sebagai contoh satu kios anak muda kita berniaga takoyaki, satu kios lagi anak muda lain menjual burger.

Sebelum ini Harakahdaily melapor ada anak muda yang berniaga di Stesen Mek Awey di Kampung Berangan Tumpat memperolehi jualan sehingga RM1,000 satu malam. – HARAKAHDAILY 2/6/2022

- Advertisement -