Bandar Mahkota Cheras berbau busuk: Tuan Ibrahim arah JAS siasat

Pemandangan sekitar Black Lake di Bandar Mahkota Cheras, Selangor yang tular dikongsi di media sosial, semalam (FOTO Facebook Rozie Roziah)
- Advertisement -

Oleh SYAHIRAH SALLEH

KUALA LUMPUR: Susulan isu sebahagian penduduk sekitar Bandar Mahkota Cheras terpaksa menghidu bau busuk dipercayai berpunca daripada sebuah tasik kuari dikenali sebagai Black Water Lake (Black Lake) dikhuatiri tercemar telah mendapat perhatian Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam telah mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) agar segera menjalankan siasatan.

Aduan mengenai pencemaran bau dan tasik itu dipercayai berpunca daripada aktiviti pembuangan sampah secara haram sejak Disember lalu sehingga mengganggu keselesaan penduduk sebelum ini ditularkan seorang penduduk tempatan melalui akaun Facebooknya. Rozie Roziah.

- Advertisement -

Rozie berkongsi info dan foto terkini dengan FB Komuniti Bandar Mahkota Cheras pada Selasa, tentang keadaan tasik berkenaan dan mendakwa bau busuk itu berpunca daripada tasik itu.

Sehubungan itu, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada tapak pembuangan sampah haram di Seksyen 5, Bandar Mahkota Cheras dengan keluasan tapak lebih kurang 1 ekar serta berdekatan kolam takungan semula jadi. 

“Air kolam berwarna hitam, penuh sampah sarap dan berbau busuk. Semalam (Selasa) juga, pihak MPKj (Majlis Perbandaran Kajang) telah menutup tapak pelupusan sampah haram tersebut. Operasi turut dihadiri oleh JAS, LUAS, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat dan Ahli Parlimen Bangi. 

Gambar Black Lake dari atas yang juga tular di media sosial, semalam. (FOTO Facebook Razi Mokhtar)

“Pengukuran ke atas air kolam takungan telah dijalankan dan mendapati Dissolved Oxigen (D.O) kurang daripada 3 mg/l dan bacaan pH 9. 

“Kes telah diserah kepada MPKj dan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat untuk tindakan lanjut di bawah bidangkuasa jabatan tersebut,” ujar Rozie dalam hantaran FB miliknya itu.

Sementara seorang lagi pengguna FB, Razi Mokhtar berkongsi foto tasik berkenaan dengan kapsyen “Next to the blue lake…full of rubbish! (Penuh sampah sarap…bersebelahan tasik biru!).

Terdahulu, Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) semalam dilaporkan telah menutup laluan masuk ke Black Lake yang terletak berdekatan Seksyen 5 Bandar Mahkota Cheras yang mana anggota penguat kuasa ditempatkan di lokasi itu bagi pemantauan berkala, selain pemilik tanah persendirian itu sedang dikenal pasti. – HARAKAHDAILY 2/6/2022

- Advertisement -