Dr Najiha kongsi tips gulai tempoyak sedap

- Advertisement -

AHLI Jawatankuasa PAS Pusat, DR NAJIHAHTUSSALEHAH AHMAD bukan sahaja menggemari gulai tempoyak dan kari, bahkan pandai memasak lauk tersebut. Dalam temubual santai bersama wartawan Harakah, SYAHIRAH SALLEH dan HAZWANI NOH pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat 2022 di Ipoh, baru-baru ini, beliau yang juga Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia turut berkongsi tips memasak gulai tempoyak yang sedap.

- Advertisement -

Harakah: Apa makanan kegemaran Dr?

Dr Najihahtussalehah: Sebenarnya gulai tempoyak dan kari. Saya suka gulai tempoyak sebab saya pun orang Perak, tetapi disebabkan ayah saya orang Pulau Pinang, orang Utara, jadi saya suka juga makan karilah, kari kepala ikan.

Jadi, Dr pandai masak gulai tempoyak?

Dua-dua itu kegemaran saya. Saya pun pandai masak. Anak-anak saya pun terbahagi kepada dua, separuh suka gulai tempoyak, separuh lagi suka gulai kari. Dua-dua itu kira ngamlah untuk keluarga saya.

Cuma suami saya orang Jawa, dia sudah mula untuk makan gulai tempoyak. Tetapi apabila saya kahwin dengan orang Jawa, saya pun suka makanan yang berasaskan tempe.

Dr masak setiap hari ke?

Tiadalah setiap hari saya masak. Sekarang ini kami tinggal berdua sahaja di rumah.

Jadi, untuk menjimatkan masa, suami saya pun tidak cerewet, asalkan ada makanan, kadang-kadang tak sempat masak, kita makan kat luar. Kita pun boleh membantu rakan-rakan kita yang buka kedai.

Boleh Dr kongsikan tips resepi gulai tempoyak yang sedap, yang tiada di luar, dari Dr sahaja dapat.

Tips untuk gulai tempoyak yang sedap sebenarnya, kita perlu menggunakan tempoyak yang sedikit masam, dan pastikan, apabila kita mahu buat pes itu perlu tambah kunyit hidup.

Ibu kunyit itu, tak mahu guna serbuk kunyit, kita ambil kunyit yang hidup itu untuk ditumbukkan sekali. Dan saya juga gabungkan antara serai, bunga kantan dan juga daun kunyit.

Foto hiasan.

Pastikan ada tiga itu, barulah rasa kita tiada rasa hanyir ikan. Kita rasa bau wangi daun kunyit itu, dan kita rasa sedap kemasaman dia itu.

Kalau kita guna tempoyak yang baharu, pastikan kita guna asam keeping. Asam keping yang baharu, dan saya buat asam keping sendiri.

Saya ada pokok asam gelugor, dan saya buat asam keping sendiri. Insya-Allah. – HARAKAHDAILY 31/5/2022

Beliau yang mesra dengan panggilan Dr Najiha turut ditanya keberadaan jika bukan ahli politik dan bekerja dalam sektor kesihatan, aktiviti masa lapang, pakaian yang disukai dan lain-lain. Temubual penuh akan disiarkan dalam akhbar Harakah, nanti.

- Advertisement -