Liga Juara-Juara: Liverpool miliki kelebihan berbanding Real Madrid?

- Advertisement -

Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB

PERLAWANAN
akhir Liga Juara-Juara (UCL) pada Ahad 29 Mei yang bakal menyaksikan Liverpool menentang bekas juara UEFA, Real Madrid di Stadium Stade de France, Paris.

Liverpool dijangka akan membuat penampilan terhebat mereka apabila pasukan The Reds pimpinan Jurgen Klopp dikatakan memiliki kelebihan dalam perlawanan akhir ini berbanding Los Blancos yang kendalikan Carlo Anchelotti.

Bagi kedua-dua pasukan, ini merupakan pertemuan ketiga bagi persaingan akhir Liga Champions di mana mereka pernah bertemu pada perlawanan akhir Liga Champions pada tahun 1981 dan 2018.

Semasa pertandingan akhir Liga Champions 1981 (dahulunya European Cup) Liverpool berjaya menewaskan Los Blancos.

- Advertisement -

Kemudian Real Madrid membalas dengan kemenangan di Final Liga Champions 2018 di Kyiev, Ukraine dengan kemenangan bergaya.

Di Liga Champions 2021-2022, Liverpool dalam misi memburu trofi ketujuhnya, sementara bagi Real Madrid memburu trofi ke-14 dengan Kareem Benzema sekali lagi menjadi ayam tambatan bagi mendepani kelincahan Mohammad Salah jentera Mesir terhebat di Liverpool.

Perjalanan The Reds dalam menuju ke slot Final Liga Champions di peringkat 16 mendapat tentangan hebat daripada wakil Itali iaitu Inter Milan, dan di suku akhir berjaya menewaskan Benfica.

Dalam aksi separuh akhir, Liverpool berjaya menyingkirkan wakil Sepanyol iaitu Villarreal, dengan agregat 5-2 setelah dua kali meraih kemenangan di tempat sendiri maupun di tempat lawan.

Sadio Mane, dan beberapa nama besar seperti Thiago Alcantara bakal memberi seksa penuh kepada Los Blancos dalam membidik gol dengan jentera tengah Virgil van Dijk dan Joel Matip akan mengetuai pertahanan tengah menghalang asakan Benzema yang dikatakan ranum dengan pengalaman memintas lawan.

Prestasi memberangsangkan Liverpool di saingan Liga Inggeris memberi satu dampak baharu walaupun hanya berjaya menduduki tangga kedua liga di belakang Manchester City, tetapi anak buah Klopp ini pastinya akan merisaukan pasukan bimbingan Carlos Anchelotti dengan taktikal lebih sempurna.

Sementara bagi Real Madrid pula, Los Blancos berjaya ke final dengan  menewaskan lawan-lawan besar termasuk pasukan pilihan Paris Saint Germain (PSG). Pada peringkat suku akhir pula Los Blancos menyingkirkan juara bertahan musim lalu iaitu Chelsea.

Namun Los Blancos dikatakan masih boleh mengakhiri musim ini dengan tambahan satu trofi dengan syarat pasukan bimbingan Ancelotti dengan memaksimakan aksi Benzema serta memperkukuh jentera pertahanan dan menajamkan aksi di bahagian perancang.

Di peringkat suku akhir dengan Real Madrid tampil memalukan tuan rumah Chelsea 3-1. Sementara di Santiago Bernabeu Chelsea hampir mengejutkan Real Madrid, namun berhasil mencetak dua gol untuk memenangi pertarungan dengan agregat 5-4 selepas Chelsea menjaringkan 3 gol pada babak awal.

Dalam perlawanan separuh akhir, Real Madrid berjaya menewaskan Juara Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester City di mana Benzema pun menjadi penentu kemenangan Madrid dalam baki masa tambahan.

Selain Benzema Tio Vinicius dan Rodrygo dilihat ancaman kepada Liverpool dengan keupayaan jentera pertahanan The Reds pasti teruji dengan taktikal Anchelotti.

Apapun, sang juara UCL akan ditentukan dalam perlawanan akhir di Perancis Ahad ini, pastinya seluruh mata sedang tertumpu kepada dua gergasi bolasepak Dunia ini Liverpool dan Real Madrid.

Anda fikir Liverpool lebih layak menang atau Real Madrid, ayuh bentangkan hujah anda di ruangan komen. – HARAKAHDAILY 27/5/2022

- Advertisement -