Kuala Lumpur dilanda banjir kilat lagi: Masjid Jamek ditenggelami air

Jalan Ampang dilanda banjir kilat yang bermula jam 12.20 tengah hari pada 25 Mei 2022. (FOTO Facebook Polis KL)

KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang berlarutan sejak awal pagi hari ini telah menyebabkan beberapa lokasi di sekitar bandar raya Kuala Lumpur kembali dilanda banjir kilat.

Menurut info Facebook Polis KL, antara beberapa lokasi yang dilanda banjir kilat bermula jam 12.20 tengah hari termasuklah Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Jalan Ipoh, Jalan Imbi ke arah Jalan Sultan Ismail, Jalan Imbi ke arah Jalan Sultan Ismail dan alan Sultan Ismail/Jalan Ampang, Jalan Kampar off Jalan Sentul.

Lokasi lain yang dilanda banjir yang menyebabkan air bertakung ialah Jalan Ipoh/Jalan Rahmat yang mana penutupan laluan melinat dari arah Bulatan Pahang ke Jalan Ipoh.

Advertisement

Dalam pada itu, di Jalan Ampang dan Jalan Dang Wangi, air tidak boleh dialirkan susulan lubang-lubang air tersumbat. Turut dilanda banjir kilat termasuklah di kawasan Kg Periuk dan Jalan Duta Mas.

Masjid Jamek dilimpahi air

Jika limpahan hujan lebat sebelum ini mengejutkan orang ramai apabila banyak lokasi di Kuala Lumpur ditenggalami banjir kilat, namun keadaan berbeza pada kali ini apabila Masjid Jamek yang terkenal dalam kalangan pelancong mahupun rakyat Malaysia pula hampir tenggelam.

Keadaan di Masjid Jamek, Kuala Lumpur yang belum ditenggelami air (foto kiri) tetapi 10 minit kemudian perkarangannya mulai dilimpahi air dari gabungan Sungai Klang dan Sungai Gombak (foto kanan). (FOTO twitter Asyraf Xebex)

Ia adalah susulan Sungai Klang dan Sungai Gombak berhampiran Masjid Jamek di sini, yang naik ke paras tertinggi, namun pada mulanya ketika itu pada jam 11.57 pagi, ia tidak melimpah sehingga ke pekarangan masjid tersebut.

Melalui ciapan di akaun Twitter milik Asyraf Xebex, keadaan ini dilihat bagaimanapun berubah 10 minit kemudian apabila pekarangan masjid berkenaan akhirnya dilimpahi air.– HARAKAHDAILY 25/5/2022