E-Hailing perlukan penyelarasan dan kawalan

- Advertisement -

TULAR di media sosial berkenaan perkhidmatan e-Hailing yang meletakkan cas perkhidmatannya pada kadar yang terlalu tinggi. E-Hailing atau E-Panggilan merupakan sebuah proses menempah atau memesan kereta, teksi, limosin atau pengangkutan awam lain melalui komputer atau peranti bergerak. Lebih-lebih pada era Revolusi Industri 4.0 dan pasca Pandemik COVID-19, alternatif seperti ini semakin mendapat tempat dalam kehidupan seharian rakyat.

Namun, beberapa masa ini timbul isu apabila ramai daripada pengguna E-Pengguna ini mengadu apabila caj yang dikenakan kepada mereka sangat tinggi. Hinggakan berkali-kali ganda lebih tinggi berbanding kebiasaan pada waktu kemuncak. Kenaikan ini belaku sejak Ramadan lagi. Seterusnya berterusan meningkat selari dengan peningkatan harga barang semasa ini. Umumnya, ini membebankan serta memberi kesulitan kepada pengguna lebih-lebih lagi dalam kalangan B40 dan M40 yang hanya menggunakan perkhidmatan ini sebagai pengangkutan harian mereka ke tempat kerja. Mereka terpaksa memikul dua bebanan ini di setiap bahu-bahu mereka.

- Advertisement -

Antara akibat kepada keadaan semasa ini adalah kerana kuasa penuh ataupun berlaku monopoli sesebuah syarikat dalam perkhidmatan seperti ini memandangkan tiada seliaan yang diberikan oleh pihak berkuasa terhadap syarikat-syarikat ini. Ketua Aktivis Pemain Industri Pengangkutan Darat Malaysia (PPDM), En. Kamaruddin Hussain berkata E-Hailing perlukan kepada kawalan dan pantauan daripada kerajaan agar caj yang diberikan dapat diselaraskan serta meraikan pengguna setempat. 

En. Kamaruddin juga menggesa agar pihak kerajaan segera mengadakan sebuah aplikasi yang dapat menyelia perkhidmatan ini dan menguasai sepenuhnya seperti tambang teksi sebagai satu pilihan kepada orang ramai. Berbeza dengan teksi, caj tambang teksi ditentukan oleh kerajaan hasil daripada penilaian segala kos yang terpaksa ditanggung oleh pemandu dan kadar yang tidak membebankan penumpang. Konklusinya, harga maksimum bagi caj dikenakan tidak akan melebihi dengan apa yang telah dikawal.

Pihak kerajaan perlu segera meletakkan sebuah garis bagi isu ini agar kenaikan caj tidak berlaku melebihi paras yang tidak sepatutnya. Perkara ini termasuk jumlah komisen yang dikenaikan oleh syarikat e-Hailing kepada pemandu bagi mengelakkan manipulasi pasaran oleh penyedia perkhidmatan e-Hailing.

Dalam masa terdekat ini juga, kerajaan telah memberitahu kepada syarikat yang berkaitan bagi menjelaskan isu yang sedang tular ini. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata dalam menyelesaikan isu ini, pihak kerajaan akan memanggil entiti yang terlibat dalam menjawab aduan-aduan yang telah dilontarkan. Beliau juga berharap APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat) melihat kembali serta menjelaskan kenapa harga barang meningkat. 

Dengan adanya pemantauan daripada pihak berautoriti, kadar caj sekurang-kurangnya dapat diselia pada satu kadar yang meraikan pengguna-penggunanya.

PROFESIONAL ISTIQAMAH – HARAKAHDAILY 25/5/2022

- Advertisement -