Taman Rekreasi Laman 7 jadi tumpuan ramai

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

TUMPAT:
Taman Rekreasi Laman 7 yang terletak berdekatan Pantai Sri Tujuh Resort kini semakin menjadi tumpuan pengunjung khususnya pada hujung minggu.

Pantai bersih, susun atur landskap yang indah dan teduh menjadi tarikan kepada pengunjung untuk beriadah bersama keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Dr Izani Husin berkata, Laman 7 dilengkapi taman permainan kanak-kanak, laluan pejalan kaki, gelanggang bola sepak pantai dan landskap menarik.

- Advertisement -

Katanya lokasi rekreasi tersebut dibangunkan dengan pembiayaan Jabatan Landskap Negara dan diuruskan Majlis Daerah Tumpat (MDT).

“Manakala bagi mereka yang berhajat untuk menginap di Pantai Sri Tujoh Resort di situ terdapat kemudahan kolam mandi bagi kanak-kanak,” katanya di sini.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Daerah Tumpat, Mohd Khairil Azmi Yusof, berkata, laman terbabit semakin menjadi tumpuan orang ramai untuk bersantai khususnya pada waktu petang.

Menurutnya, pada hari biasa sekitar 100 hingga 200 pengunjung datang untuk bersantai di laman terbabit.

Malah kata beliau jumlah pengunjung akan bertambah pada hujung minggu khususnya Jumaat dan Sabtu sehingga 600 orang. – HARAKAHDAILY 23/5/2022

- Advertisement -