25 pelajar UMK ceburi bidang keusahawanan

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE@IPT) turut disertai pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) bagi meneroka kecemerlangan dalam bidang keusahawanan.

Seramai 25 pelajar menerima geran berjumlah RM15,000 setiap seorang bagi menjayakan tersebut yang diselaraskan Institut Perusahaan Kecil dan Sederhana (ISME) dan Institut Keusahawanan UMK (UMKEI) dengan kerjasama SME Corp. Malaysia.

Pengarah ISME Dr Dzulkifli Mukhtar berkata, TUBE@IPT merupakan kesinambungan program Tunas Usahawan Belia Bumiputera yang dilancar pada 2014 dengan peruntukan permulaan RM10 juta.

- Advertisement -

Katanya, program tersebut berkembang dari semasa ke semasa dengan beberapa penambahbaikan yang dilaksanakan sehingga ia sampai ke pusingan kelapan yang kini dikenali TUBE@IPT.

“Program TUBE@IPT memberi fokus kepada pembangunan keusahawanan dalam kalangan siswa dan siswi yang mempunyai minat mendalam untuk melibatkan diri dalam bidang keusahawanan.

“ISME UMKEI percaya program ini secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara.

“Keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan,” katanya pada program Sesi Meet & Greet Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE)@IPT di Dewan Eksperimental, UMK Kampus Kota, Pengkalan Chepa baru-baru ini.

Program tersebut mengumpul TUBERs, mentor, mentor bersekutu dan wakil SME Corp untuk sesi penilaian bersama bagi melihat prestasi bakal protégé jutawan di masa hadapan.

Turut hadir Naib Canselor UMK, Prof Dr Razli Che Razak, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan Dan Inovasi), Prof Ts Dr Arham Abdullah, Ketua Eksekutif (Pelaksanaan dan Pembangunan) SME Corp Malaysia, Zaki Moh dan Pengarah Kanan Institut Keusahawanan UMK, Prof Dr Mohammad Ismail.

Menurut Dr Dzulkifli, program berkenaaan secara langsung menyokong dasar pembangunan belia negara, di mana keusahawanan merupakan antara bidang tumpuan utama untuk belia maju ke hadapan. – HARAKAHDAILY 23/5/2022

- Advertisement -