Pemuda PAS Sabah sedia tanding PRU15

- Advertisement -

Oleh BASITH SAMAD

KINABATANGAN:
Dewan Pemuda PAS Sabah bersedia mencalonkan tokoh anak-anak muda untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ketua Pemuda PAS Sabah, Hendri Hamsah berkata, PAS memiliki calon yang berkarisma, berintegriti dan profesional dari pelbagai bidang yang boleh ditonjolkan pada PRU15 sebagai saingan kepada parti lain.

- Advertisement -

“Kami sudah menyenaraikan calon anak muda tempatan yang berkelayakan sesuai dengan ciri-ciri sebagai wakil rakyat yang terbaik untuk bertanding di mana-mana kawasan parlimen,” katanya di sini.

Baru-baru ini Setiausaha PAS Sabah, Dr Ali Akbar memberitahu PAS bersedia untuk bertanding dalam PRU15 di beberapa kerusi Parlimen di negeri itu yang diyakini boleh menang.

Hendri juga berkata, beliau yakin PAS mampu memenangi beberapa kerusi tumpuan berdasarkan penerimaan masyarakat terhadap gerak kerja PAS terutamanya aktiviti gerak kerja kemanusiaan dan kebajikan.

“Penerimaan masyarakat kepada PAS atas kepimpinan yang ditonjolkan di peringkat Persekutuan dan kebolehan PAS memerintah beberapa negeri yang bebas rasuah menjadi isyarat penting.

Tambah beliau prestasi dan kesungguhan Adun dilantik Dr Ali Akbar berkhidmat dengan baik memberi impak positif dalam kalangan rakyat Sabah tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. – HARAKAHDAILY 21/5/2022

- Advertisement -