PAS Sandakan hargai peranan guru, jururawat

- Advertisement -

Oleh AIZAL SAMSARUDDIN

SANDAKAN:
PAS Sandakan meraikan guru dan jururawat sempena sambutan Hari Guru dan jururawat yang disambut di seluruh negara, baru-baru ini.

Rombongan itu diketuai Yang Dipertua PAS Sandakan Sahar Abdul Majid mengunjungi beberapa sekolah di bawah pentadbiran PAS dan sekolah kerajaan serta klinik di sekitar daerah ini.

Premis yang dikunjungi Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan, Klinik Pakar Hospital Sandakan, SRITI Imam Al-Bukhari, PASTI Saidina Abu Bakar, SAN Tanjung Papat, Sm St Mary’s, Sk. Sung Siew, Tadika Penyayang Dorcas serta Penyelia Jururawat.

- Advertisement -

Kehadiran mereka dengan membawa kek disambut mesra guru-guru dan jururawat yang menerima baik kunjungan tersebut.

Sahar yang juga Ahli Majlis Perbandaran Sandakan berkata, kunjungan tersebut merupakan aktiviti tahunan PAS Sandakan sebagai menghargai jasa guru yang mendidik generasi muda dan jururawat dianggap sebagai benteng masa hadapan negara.

Tambahnya, masyarakat seharusnya menghargai guru dan jururawat yang banyak berkorban untuk mendidik dan merawat setiap lapisan masyarakat.

“Penghargaan seperti ini bukan sahaja perlu diadakan pada hari tertentu, tetapi setiap masa sebagai tanda masyarakat tidak melupakan jasa dua kumpulan tersebut,” katanya.

Turut bersama pada program tersebut Ketua Penerangan Pemuda PAS Sabah Mustaman Mustain, Ketua Penerangan Dewan Himpunan Pendukung PAS negeri, Isaac Wong dan ahli jawatankuasa PAS Sandakan, Sulaiman Abdul Samat. – HARAKAHDAILY 21/5/2022

- Advertisement -