Janji-janji Umno, mengingatkan kita pada PH

- Advertisement -

MALAM tadi ada tengok dua video, satu daripada Umno Kelantan dan satu lagi dari Umno Terengganu.

“Undi Umno, isu air Kelantan akan selesai, bahkan bil air pun boleh bagi free pada rakyat Kelantan,” kata pihak Umno Kelantan.

“Undi Umno, dalam 100 hari akan bina lebuh raya dari Dungun dan bina LPT3 di Besut,” kata pihak Umno Terengganu.

- Advertisement -

Pertama

Umno tak belajar daripada apa yang berlaku kepada Pakatan Harapan (PH). Rakyat masih lagi trauma dengan janji-janji PH. Umno tabur pula janji yang sifatnya hampir sama dengan apa yang dibuat PH. 

“Malam ini menang, esok harga minyak turun.” Itulah falsafah janji PH yang diekori Umno untuk selesaikan isu air. 

Isu air ini panjang bang, Umno tadbir Perlis pun isu air tak selesai lagi, hingga air hilang (NRW) dia lebih 60 peratus, dan perlu RM3 bilion untuk selesai masalah air. 

Umno tadbir Pahang pun masalah air banyak juga, hingga berhutang RM2 bilion untuk bekalan air.

Lagi hebat nak beri air percuma pada semua rakyat. Dok eh, sekarang ini rakyat Perlis, Pahang, Melaka dan Johor tak perlu bayar bil air ke? 

Tolonglah, rakyat makin meluat dengan janji-janji sebegini. Tak perlu melampau sangat, nanti jilat cok

Kedua 

Janji 100 hari ini pun rakyat agak trauma mendengarnya, akibat janji 100 hari PH. Umno pula buat janji 100 hari. 

Kemudian janjinya bukan kepalang nak bina lebuhraya beratus kilometer. Tak tahu nak kata apa, puak-puak ni tak reti ke yang rakyat buat jadi modal lawak je dengan janji-janji politik begini. 

Lagi lawak jika kita telusuri dengan sedikit dalam, LPT3 yang Umno janji nak buat itu, sekarang ini telah pun digerakkan kerja awalan bernilai RM30 juta yang patut selesai April 2022.

Tawar benda yang dah ada dah. Sedap sokmo lah duk tawarnya. 

Satu lagi, Umno duk tawar jalan ni, nak bina dengan duit siapa? Rakyat Terengganu trauma dah LPT2 yang dibina dengan duit negeri dulu. 

Sehingga sekarang RM1.2 bilion tiada khabar berita dari Persekutuan. Sedangkan semua tahu lebuh raya sebegini di bawah bidangkuasa Persekutuan. 

Takkan Umno nak ulangi kaedah yang sama lagi? 

Janji realistik

Betul dah tabur janji dekat-dekat PRU. Tapi taburlah janji yang realistik. Bukan apa, kemeluatan rakyat akan menimpa bukan sahaja kena pada Umno tapi semua parti politik. 

Apatah lagi Umno sedang berdepan dengan isu integriti yang teramat dahsyat sekarang ini. Pendakwaan terhadap bekas Presiden dan Presiden, patut reti base lah. 

AHMAD FAHMI MOKHTAR
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 21/5/2022

- Advertisement -