Jeddah dan Makkah catat suhu paling panas di Arab Saudi

Keadaan jalan raya di Jeddah yang mencatat suhu paling panas di Arab Saudi
- Advertisement -

JEDDAH: Jeddah di kawasan barat Makkah mencatatkan suhu tertinggi di seluruh Arab Saudi, iaitu 48.3 darjah celsius, manakala Arafat berhampiran Makkah merekodkan 47.5 darjah celsius.

Pusat Meteorologi Nasional Arab Saudi (NCM) menyatakan bahawa Jeddah mencatatkan suhu ekstrem itu sebelum musim panas bermula pada Jun ini.

- Advertisement -

Berdasarkan tanda pagar #Jeddah_Now yang tular di Twitter, ramai netizen memuat naik beberapa rakaman video dan gambar mengenai cuaca panas di Jeddah, Ahad lalu.

Antara rakaman video yang paling banyak ditonton menunjukkan beberapa kereta diletakkan di tepi jalan. Penduduk Arab Saudi yang merakam video itu berkata, ini berkaitan dengan jumlah merkuri yang tinggi dan pemandu tidak boleh memandu kereta dalam keadaan suhu begitu.

Pada masa yang sama, NCM menjangkakan cuaca panas ekstrem di Makkah dan Madinah.

NCM juga menjangka angin pada permukaan akan menyebabkan jarak penglihatan hampir sifar di daerah Tabuk, Al Jouf dan Wilayah Sempadan Utara dengan ribut pasir berterusan di Wilayah Timur dan Riyadh serta Wilayah Utara, dan beberapa wilayah di Makkah dan Madinah. – AGENSI

- Advertisement -