PADA hari Ahad lepas pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, telah seri dengan West Ham United. Malah City bernasib baik kerana terselamat dari satu kekalahan yang mengejutkan setelah ketinggalan 0-2 tetapi berjaya bangkit untuk mengikat kelab London itu 2-2.
Ketika itu City sedang mendahului kelab tempat kedua, Liverpool, dengan 3 mata dan kemenangan untuk City bermakna mereka akan berada 6 mata di hadapan tetapi hasrat itu tidak kesampaian. Hari ini Liverpool masih ada baki 2 perlawanan sementara City hanya 1 justeru Liverpool mengharapkan City kalah pada perlawanan terakhir mereka untuk muncul juara.
Perlawanan terakhir City adalah menentang Aston Villa sementara Liverpool akan bertemu dengan Southampton dan Wolves selepas ini. Kedudukan kelab-kelab tersebut di dalam liga tidak akan menentukan sama ada perlawanan-perlawanan tersebut adalah sukar atau senang kerana setiap perlawanan akan menjadi perlawanan tumpuan dan sudah tentu bukan satu perlawanan yang mudah.
Saingan EPL kali ini adalah lebih sengit kerana juara kemungkinan besar akan hanya ditentukan pada perlawanan terakhir liga. Sebelum ini terdapat kelab-kelab yang muncul juara beberapa perlawanan sebelum perlawanan terakhir. Pada musim 2017/18, City telah muncul juara dengan baki 5 perlawanan sementara dalam musim 2000/01 pula, Manchester United juga telah muncul juara dengan baki 5 perlawanan. Pada musim tersebut United telah ditabalkan juara seawal 12 April.
Walaupun saingan untuk kejuaraan adalah di antara City dan Liverpool namun begitu saingan untuk ke pertandingan-pertandingan di Eropah musim hadapan adalah turut sengit. Contohnya untuk ke UEFA Champions League (UCL). Empat kelab teratas akan ke UCL dan dengan City, Liverpool dan Chelsea sukar untuk dipintas, saingan untuk tempat terakhir menjadi rebutan di antara dua kelab London, Tottenham dan Arsenal.
Tottenham atau Spurs berada di tempat keempat sementara Arsenal 2 mata di belakang berada di tempat kelima. Spurs telah memintas Arsenal setelah Arsenal dibelasah oleh Spurs 3-0 dan kalah mengejut kepada kelab ‘mid-table‘ Newcastle 2-0. Tidak ada perlawanan yang mudah musim ini dan payah hendak diramal keputusan-keputusannya. EPL musim ini adalah seperti politik Malaysia yang susah hendak diramal.
Selain dari saingan untuk layak ke UCL, terdapat 3 lagi tempat untuk ke pertandingan-pertandingan Eropah yang lain. 2 tempat untuk ke UEFA Europa League dan 1 tempat untuk ke UEFA Conference League. Walaupun kedua-dua pertandingan ini tidak menjanjikan pulangan kewangan yang tinggi seperti UCL namun begitu kelayakan-kelayakannya turut menjadi rebutan.
Arsenal walaupun mungkin tersingkir dari saingan ke UCL namun hampir pasti akan menyertai Europa League musim hadapan. Kelab gergasi Manchester United yang dibelenggu dengan pelbagai masalah musim ini sekarang berada di tempat keenam dan boleh layak ke Europa League. Walau bagaimanapun dengan baki 1 perlawanan, United boleh dipintas oleh West Ham yang berada di tempat ketujuh.
West Ham hanya 2 mata di belakang United tetapi memiliki perbezaan gol (goal difference) 11 sementara United hanya 1. Ini bermakna United tidak boleh seri pada perlawanan terakhir mereka menentang Crystal Palace jika West Ham memenangi perlawanan terakhir mereka menentang Brighton. Walaupun tempat ketujuh menjanjikan kelayakan ke Conference League namun ia mungkin tidak memadai bagi kelab yang pernah menjadi juara UCL dan European Cup sebanyak 3 kali.
Sementara pada kedudukan-kedudukan tercorot, Watford di tempat ke 19 dan Norwich di tempat ke 20 telah pasti akan tersingkir ke Championship musim hadapan. meeßqEverton (Tempat ke 16 dengan 36 mata), Leeds (Tempat ke 17 dengan 35 mata) dan Burnley (Tempat ke 18 dengan 34 mata) sedang bertarung untuk survival EPL mereka. Kelab di tempat ke 18 akan tersingkir. Ketiga-tiga kelab ini pernah memenangi kejuaraan divisyen teratas bola sepak Inggeris di suatu masa dahulu.
Perkembangan yang paling menarik musim ini adalah keupayaan Chelsea berada di dalam kelompok 3 kelab teratas liga. Berikutan peperangan di Ukraine, sekatan telah dikenakan ke atas pemilik mereka, Roman Abramovich, oleh kerana hubungan beliau dengan Presiden Russia, Vladimir Putin. Abramovich telah mengambil keputusan untuk menjual Chelsea Another favourite song when I was an angry young man back in the 80s.
The lyrics is still relevant today.
Here is part of it,
They take the profits, you take the blame
When they tell you there’s no rise in pay
Are you gonna try and make this work
Or spend your days down in the dirt
You see things can change
Walls can come tumbling down
‘Walls Come Tumbling Down’ by the Style Council. Another Paul Weller’s composition diketuai oleh Todd Boehly yang merupakan pemilik bersama kelab besbol Los Angeles Dodgers.
Mungkin tindakan Abramovich untuk menjual Chelsea adalah untuk menyelamatkan kepentingan dan aset beliau. Walau bagaimanapun tindakan tersebut juga dilihat sebagai untuk menyelamatkan kelab itu dari tindakan yang lebih drastik oleh Kerajaan UK yang mungkin juga menyebabkan mereka tersingkir dari EPL. Sudah tentu ia bukan satu keputusan yang mudah setelah melabur berbilion-bilion pound. Sekurang-kurangnya beliau memikirkan kepentingan kelab dari sentimen-sentimen lain.
Perkara yang sama sepatutnya berlaku pada situasi-situasi yang lain di dalam dunia ini. Memikirkan kepentingan organisasi atau kepentingan ramai dari kepentingan peribadi. Tidak menjerumuskan organisasi atau orang lain ke dalam kebinasaan akibat diri kita atau semata-mata untuk menyelamatkan batang leher kita.
DATO’ ISKANDAR A SAMAD – HARAKAHDAILY 18/5/2022