Polis Britain siasat insiden dera emosi keluarga pemain bola bermotif perkauman

Ivan Toney (kiri) dan Rico Henry kecewa selepas ahli keluarga mereka didera secara emosi yang bersifat perkauman oleh peminat Everton semasa perlawanan Brentford menentang Everton pada 15 Mei 2022. (FOTO CNN)
- Advertisement -

Susunan ZULHAIDI MANSOR

LIVERPOOL: Polis Britain sedang menyiasat dakwaan penderaan emosi berunsurkan penghinaan perkauman terhadap dua keluarga pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) semasa perlawanan Brentford menentang Everton pada Ahad (15 Mei) lalu.

Pemain Brentford, Rico Henry berkata, dia jarang bercakap mengenai perkara yang tidak memudaratkan diri atau keluarganya secara fizikal tetapi dia bertambah geram  setelah  melihat ibunya  berasa kecewa selepas didera emosi secara perkauman oleh beberapa peminat Everton. 

- Advertisement -

“Saya akan lakukan apa sahaja untuk mereka dan apa sahaja yang diperlukan untuk menjatuhkan hukuman kepada minoriti kecil. Perkara  ini tidak boleh diterima sama sekali dan mesti disiasat segera,” ciapnya di Twitter miliknya selepas perlawanan di Goodison Park di sini, semalam.

Seorang lagi pemain Pemain Brentford, Ivan Toney berkata,  dia akan melakukan segala yang termampu untuk memastikan agar lelaki yang mendera keluarganya secara perkauman di bawa ke muka pengadilan 

Kedua-dua Kelab Everton dan Brentford mengeluarkan kenyataan di Twitter yang mengutuk insiden itu.

Menurut Everton dan Brentford , pihak mereka akan membantu Polis Merseyside untuk memastikan individu itu dikenal pasti dan ditangani dengan sewajarnya.

“Tiada tempat dalam bola sepak  atau masyarakat untuk sebarang unsur perkauman.

“Kami mengecam semua bentuk diskriminasi dan penderaan perkauman dengan sekeras-kerasnya dan telah telah membuat laporan kepada pihak polis,” tegasnya.

Disamping itu katanya, mereka akan menawarkan sokongan yang padu kepada keluarga Henry dan Toney dan Ivan dan akan bekerjasama sepenuhnya dengan siasatan dan sebarang prosiding undang-undang seterusnya.

Rentetan itu, Polis Merseyside berkata, mereka sedang menyiasat laporan itu dan akan bekerjasama dengan Everton untuk mencari mereka yang bertanggungjawab dan membawa mereka ke muka pengadilan.

“Tidak kira pasukan bola sepak mana yang anda sokong, sama sekali tidak ada tempat untuk membenci di mana-mana di Merseyside dalam apa jua keadaan,” kata Detektif Inspektor, Catherine Cox dalam satu kenyataan.

Untuk rekod, Brentford  sebelum ini memenangi perlawanan itu 3-2 dalam pertemuan dramatik, dengan tandukan Henry pada separuh masa kedua mengesahkan kemenangan ketika Everton menamatkan perlawanan dengan sembilan pemain. – CNN

- Advertisement -