Kerajaan kaji tanda aras baharu paras kemiskinan

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN| Foto RIZAL TAHIR

KOTA BHARU:
Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan soal selidik mengenai pendapatan dan perbelanjaan isi rumah di seluruh negara bagi mengenal pasti tanda aras baru paras kemiskinan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Dato’ Seri Mustapa Mohamed berkata ia dijangka siap hujung tahun ini.

- Advertisement -

Dan apabila siap katanya negara dijangka memiliki tanda aras baharu paras kemiskinan serta pendapatan bagi golongan B40, M40 dan T20.

“Soal selidik berkenaan dilakukan dalam tempoh dua hingga tiga tahun sekali, dan ketika ini data yang digunakan berdasar soal selidik pada 2019.

“Pendapatan turun naik lebih-lebih lagi ketika tempoh Covid-19, maka tidak adil kalau semua soal selidik dibuat dalam tempoh itu,” katanya kepada media selepas program taklimat sosioekonomi kepada media di sebuah hotel, di sini baru-baru ini.

Mustapa juga berkata, negara sekarang sudah beralih kepada fasa endemik, di mana ramai rakyat sudah bekerja dan ada pendapatan.

“Jadi kita mahu pendapatan itu benar-benar mencerminkan keadaan semasa. Soal selidik baharu antara lain bertujuan membuat pemutihan kadar kemiskinan tegar di negara ini,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 16/5/2022

- Advertisement -