Rumah terbuka: Sembilan kawah gulai habis lebih awal

- Advertisement -

Oleh SALMAH MAT HUSAIN | Foto RIZAL TAHIR

KOTA BHARU:
Lebih 5,000 penduduk tempatan hadir pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dun Pasir Tumboh yang diadakan di pekarangan pejabat berkenaan di bandar Satelit Pasir Tumboh semalam.

Bagaimanapun orang ramai hadir lebih awal lagi berbanding masa yang ditetapkan bermula jam 11 pagi.

- Advertisement -

“Alhamdulillah kita bersyukur kerana ini adalah sebahagian sokongan masyarakat pada majlis yang diajurkan PAS. Walaupun keadaan agak kelam kabut namun petugas dapat menyediakan juadah dengan baik,” kata Adun Pasir Tumboh Abdul Rahman Yunus ketika ditemui.

Menurutnya sebanyak sembilan kawah lauk yang disediakan habis lebih awal sehingga menyebabkan petugas terpaksa menyediakan lauk tambahan.

Menurutnya juga sebanyak 1,000 sampul duit raya diagih kepada kanak-kanak yang hadir.

Sehubungan itu beliau mengucap terima kasih kepada semua petugas termasuk penghulu, Halaqat, muslimat, pemuda dan Ameerah yang turut menyediakan menu masing-masing bagi menjayakan majlis berkenaan.

Katanya juga sambutan kali ini amat menggalakkan berbanding tahun-tahun sebelumnya memandangkan orang ramai tidak dapat menghadiri program sedemikian dua tahun akibat penularan Covid-19. – HARAKAHDAILY 15/5/2022

- Advertisement -