Kelantan sokong aktivis martabat seni budaya negeri

- Advertisement -

Oleh RIZAL TAHIR

KOTA BHARU:
Pelakon dan pengarah terkenal, Sabri Yunus dinobatkan sebagai Duta Anak Seni Kelantan sempena Malam Himpunan Dikir Barat 2022 yang diadakan di sini malam semalan.

Penghargaan itu disampaikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob. Turut hadir anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Dato’ Md Anizam Ab Rahman.

- Advertisement -

Sabri merupakan salah seorang daripada 24 penerima anugerah menerusi sembilan kategori yang diperkenalkan khususnya kepada penggiat seni budaya dikir barat.

Mereka termasuk Jen Endoro, Jali Bunga Tanjong, Cikgu Sulizi, Eyo Hock Seng, Hamid Budaya, Tok Wan Hasan Gula Batu dan Tuan Kob Raja Saring.

Ahmad berkata, kerajaan negeri yakin penganjuran Malam Himpunan Dikir Barat berjaya mencapai objektif iaitu memberi pengiktirafan kepada penggiat seni dikir barat yang mengharumkan nama negeri Kelantan.

“Selain itu, acara itu juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim penggiat seni dikir barat seluruh Kelantan dan memartabatkan seni tersebut sebagai warisan budaya negeri ini agar tidak hilang dan pupus,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut.

Tambahnya, kerajaan negeri sentiasa menyokong anak seni yang giat memartabat dan mempertahankan seni warisan budaya Kelantan. – HARAKAHDAILY 15/5/2022

- Advertisement -