Hari Nakbah: Hari kehancuran bagi Palestin

- Advertisement -

Oleh SENATOR DATUK IDRIS AHMAD

TERASA
hati ini sedang dirobek-robek dengan serakusnya. 15 Mei 1948, merupakan hari penderitaan bagi Palestin dan seluruh umat Islam amnya. Pada hari tersebut maruah umat islam seluruh dunia diinjak-injak tidak berperi dan masih berterusan sehingga kini.

Hari ini juga sudah 74 tahun tertubuhnya negara haram i****l di tanah air umat Islam yang di rampas dengan kejamnya daripada rakyat Palestin.

Sehingga ke hari ini juga sudah 74 tahun rakyat Palestin menderita dan merana dek kerana kekejaman daripada penjajah i****l Laknatullah.

- Advertisement -

Hati mana yang tidak sedih dan geram apabila melihat hak umat Islam Palestin dirampas tidak berperi kemanusian. Mereka seolah-olah menjadi warga asing bagi tanah air mereka sendiri.

Theodore Herzl pernah berimpian untuk membina penempatan Yahudi dalam wilayah Turki namun permintaan tersebut ditolak oleh Sultan Abdul Hamid ll. Bagaimanapun impian tersebut telah menjadi kenyataan sejak tertubuhnya negara haram israel 74 tahun yang lalu di bumi Palestin.

Hari ini juga mereka meraikan hari kemerdekaan bagi negara haram i****l pada 15 Mei setiap tahun, iaitu satu hari selepas perisytiharan penubuhan negara i****l.

Sehingga kini lebih 700,000 saudara kita di Palestin menjadi pelarian di tanah air sendiri dan penindasan demi penindasan terus berlaku sehingga ke hari ini.

Saya menyeru semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam untuk sentiasa mendoakan keselamatan dan kemenangan kepada saudara Islam kita di Palestin dan seluruh dunia, sesungguhnya doa adalah senjata yang paling ampuh yang kita miliki.

Saya juga menyeru supaya kita terus bersatu padu untuk menjaga keharmonian dan keamanan yang kita kecapi sekarang ini. – HARAKAHDAILY 15/5/2022

- Advertisement -