Menteri Agama rakam takziah Presiden UAE kembali ke rahmatullah

DENGAN penuh reda dengan ketentuan dan takdir Allah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) turut berdukacita atas kembalinya Yang Teramat Mulia, Sheikh Khalifah bin Zayed Al Nahyan, Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), ke rahmatullah pada hari ini, Jumaat, setelah menempuh perjalanan yang penuh dengan usaha dan khidmat kepada negara dan bangsa.

Pentadbiran Hal Ehwal Islam Malaysia amat menghargai usaha Almarhum dalam menyebarkan nilai hidup bersama, kasih sayang, kebaikan dan keamanan. Almarhum adalah pengganti terbaik kepada al-marhum ayahandanya yang telah memberi sumbangan yang besar negara-negara Arab, Islam dan dunia seluruhnya.

Advertisement

Kerajaan dan rakyat Malaysia, ketika keluarga dunia bersedih atas pemergian Almarhum, merakamkan ucapan takziah kepada Yang Amat Mulia Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi, seluruh isi keluarga, dan pemimpin, pemerintah dan rakyat Emiriah Arab Bersatu dan negara-negara Arab dan Islam, dengan iringan doa semoga Allah SWT merahmati Almarhum dan mengurniakan kesabaran dan ketenangan kepada keluarga, saudara mara, rakyat dan negara seluruhnya.

“إنا لله وإنا إليه راجعون”.

YB SENATOR DATUK IDRIS AHMAD
Menteri di JPM (Agama)
14 Mei 2022 – HARAKAHDAILY 14/5/2022