Kesungguhan para amilin dan as-Sabiqun PAS

- Advertisement -

SEJAK dari zaman almarhum Ustaz Fadzil Noor lagi saya dok dalam jemaah, kamilah yang peqosah bangunkan cawangan,” kata seorang as-Sabiqun kepada saya.

- Advertisement -

“Nak dok dalam jemaah boleh, tapi nak istiqamah tu yang susah. Kalau tak dak yang lama, tak dak lah yang baru…,” – balas saya sambil tersenyum, memandang ke wajah beliau.

Meratapi wajah beliau, terpancar air mata dalam. Seakan membawa seribu satu makna, kisah suka dan duka ketika berjuang dalam jemaah. Sentiasa berada di lubuk sanubari mereka.

Memang tidak dapat dinafikan, orang lama yang masih istiqamah sehingga ke hari ini adalah insan yang hebat. Walaupun beribu ujian dan rintangan mendatang, mereka hadapi dengan penuh kesabaran.

Kesungguhan para amilin serta as-Sabiqun ini telah meruntun jiwa saya. Tersentuh saya dibuatnya, apabila dapat mendengar kisah perjuangan otai PAS dalam menghadapi mehnah sewaktu di arena pertempuran politik.

Ia amat memberikan inspirasi kepada diri saya serta sahabat-sahabat dalam meneruskan agenda perjuangan jemaah Islam. Terutamanya dalam kawasan Kuala Kedah.

Syukur alhamdulillah, saya berkesempatan untuk meluangkan masa bersama pimpinan PAS Kawasan Kuala Kedah. Menziarahi orang lama (otai PAS) di sekitar Kg. Kota Rentang.

Semasa musim perayaan di bulan Syawal ini juga kami mencuri peluang untuk mengunjungi orang-orang lama. Memang jasa mereka tidak dapat dibalas, hanya Allah sahaja mampu membalas segala budi baik mereka semua.

Semasa program Ziarah Kasih Syawal, saya dengan rendah hati dapat menyampaikan sedikit sumbangan kepada mereka. Diharapkan, semangat perjuangan ini dapat diterjemahkan buat kita semua. Apatah lagi buat generasi muda untuk teguh beristiqamah.

DR USTAZ AHMAD FAKHRUDDIN SHEIKH FAKHRURAZI
Yang Dipertua
PAS Kawasan Kuala Kedah – HARAKAHDAILY 13/5/2022

- Advertisement -