Malaysia layak jadi model Fiqh Ta’ayush

- Advertisement -

HE Sheikh Dr. Mohammad bin Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung Rabitah Al-‘Alam Al-Islami~Muslim World League merupakan watak penting dalam penganjuran Forum mengenai nilai-nilai sejagat di antara penganut agama-agama yang berlangsung semalam. 

- Advertisement -

Sejurus selepas habis majlis penutup forum, Sheikh Dr. Mohammad Alissa menjemput saya berbual mesra. Alhamdulillah kami dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat. Sheikh telah menyampaikan rasa teruja dengan aplikasi konsep Fiqh Ta’ayush di Malaysia melalui ucapan saya semalam sekali gus beliau merasakan ia sangat bermakna buat peserta yang masih baru dengan Fiqh Ta’ayush untuk diaplikasikan di negara masyarakat majmuk. 

Dalam ucapan semalam, saya membentangkan aplikasi Fiqh Ta’ayush di negara Malaysia yang majmuk ini dengan meletakkan tiga prinsip utama dalam membina hubungan persaudaraan:

Pertama: Ukhuwah Islamiyah (Persaudaraan sesama Islam)

Kedua: Ukhuwah Wataniyah (Persaudaraan sesama Warganegara)

Ketiga: Ukhuwah Basyariyyah (Persaudaraan sesama Manusia) 

Ia diterjemahkan secara praktikal melalui konsep Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera. Semoga usaha ini akan terus mengekalkan keamanan dan keharmonian kaum di negara kita. Insya-Allah

Sheikh Dr. Muhammad Alissa menyatakan Malaysia cukup bertuah dan layak untuk dijadikan sebagai model Fiqh Ta’ayush untuk negara-negara Islam serta bukan Islam bagi mengenali Islam yang sebenar. Seterusnya ia akan menolak ancaman dan ideologi Islamofobia. 

Beliau berharap agar agensi-agensi Islam di Malaysia dapat melaksanakan program seperti ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sheikh yang sudi saling menasihati kami khususnya pemerkasaan Islam dan umat Islam di Malaysia. 

Pertemuan yang sangat bermakna buat saya. 

YB SENATOR USTAZ IDRIS AHMAD
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) – HARAKAHDAILY 12/5/2022

- Advertisement -