Jururawat: Jasa dan pengorbanan dihargai

- Advertisement -

PADA sambutan Hari Jururawat Sedunia hari ini, saya mengingatkan kita semua agar tidak lupa khidmat bakti para jururawat kita khususnya dalam tempoh panjang krisis pandemik COVID-19 di negara kita. 

- Advertisement -

Kita tidak harus lupa betapa mereka curahkan seluruh tenaga dan korbankan emosi mereka dalam berdepan krisis kesihatan yang tidak pernah terbayang oleh kita semua. 

Merekalah barisan paling hadapan yang bergelut dengan seribu satu dugaan dan cabaran bagi memastikan sistem kesihatan kita tidak lumpuh. 

Mereka juga menjadi saksi puluhan ribu saudara saudari kita yang menjadi korban virus COVID-19. 

Mereka jugalah yang berhempas pulas memastikan program imunisasi kebangsaan berjalan lancar. 

Saya rakamkan di sini ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga jururawat di negara kita, baik di sektor awam mahu pun swasta. 

Tidak dilupakan seisi keluarga masing-masing yang tentunya juga banyak memberi sokongan dan dukungan. 

Selamat menyambut Hari Jururawat.

ANDANSURA RABU
ADUN Beserah
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 12/5/2022

- Advertisement -