Islam agama sejahtera ajar kasih sayang, kedamaian

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Islam adalah agama sejahtera yang mengajarkan kasih sayang, keharmonian dan kedamaian, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad.

Sehubungan itu, menerusi laman sosialnya malam tadi, beliau memaklumkan forum mengenai nilai-nilai sejagat di antara penganut agama-agama berlangsung di Riyadh, Arab Saudi yang mengumpulkan para tokoh dan pemimpin agama seluruh dunia.

- Advertisement -

Beliau bersama Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah mewakili Kerajaan Malaysia pada forum tersebut.

Idris juga melahirkan rasa gembira dapat hadir pada forum itu yang turut disertai oleh mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) yang juga mewakili anggota Majlis Hukama’ al Muslimin, Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri.

“Perkongsian ilmu serta perbincangan sebegini amat bermakna kerana ia dapat membugarkan akal fikiran.

“Apa yang penting, pelan tindakan dapat dilaksanakan selepas ini untuk menatijahkan keamanan sejagat. Islam memimpin perpaduan,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/5/2022

- Advertisement -